Assalamualaikum wbt
Welcome Silent Readers!
Ya Allah,sedar tak sedar dah lama kami berkawan. 9 bulan tu bukan tempoh yang sebentar. memang lama rasanya. dan masih tak terduga yang hari ni dah jadi tunang dia. memang tak sangka. dulu aku selalu pikir. aku akan jumpa jejaka kacak,bercinta ala-ala cinderella then kawen. rupanya tak. aku bertunang dengan seseorang yang aku tak pernah pikir akan jadi peneman hidup aku. sekarang aku sedar. Allah maha kaya. aku bercinta dengan seseorang selama 4 tahun setengah. aku sayangkan dia sangat2.tapi jodoh aku tak panjang dengan dia.mungkin Allah nak duga aku. tapi tak lama kemudian, Allah temukan aku dengan seorang lelaki yang kenal dengan aku tak sampai 12 jam dah ajak aku kawen! aku bercinta lepas dirisik oleh empunya diri. janggal. memang janggal. susah untuk aku percaya. tapi sekarang,bila tengok cincin dijari. aku tersenyum. Alhamdulillah. Allah mempermudahkan urusan jodoh aku. tak disangka-sangka. kesabaran aku ada hikmahnya. dia. ye,dia. memang bukan yang sempurna. banyak kekurangan dia. tapi aku pun ada kekurangan aku. dia setia. dia seorang yang sangat penyayang. teringat aku mula-mula bertemu dahulu. setiap langkah aku dia perhatikan. makanan aku disediakan. dihidang. disuap. *malu bila ingat balik. setiap kali aku bersuara dia akan mendengar. mendengar setiap leteran aku. siap dengan senyuman yang ikhlas dia lemparkan untuk aku. cukup ikhlas. sikit dia tak pernah merungut. sikap aku yang kadang-kadang mengambil lewa apa yang dia katakan.
sekarang aku menghitung detik. detik menjadi isteri. semasa aku bertunang dulu aku kelu seribu bahasa bila mama dia datang dan menyarungkan cincin dijari manis aku. tatkala mama dia memeluk aku bergenang air mata aku. tapi aku tabah. aku terus senyum sengih. kontrol macho. mana boleh nangis depan orang. malu. tahun depan aku bakal beraya berdua jika diizinkan Allah. tahun depan aku bakal menjadi menantu kepada sebuah keluarga yang tak pernah aku kenali. sekali pun tak pernah aku berbual mesra. sebab aku malu. aku mesti menjaga air muka keluarga. aku mesti belajar untuk menjaga adab tatasusila aku sebagai seorang perempuan. teringat pesanan mak aku. biar orang menyangka diri aku sombong.asalkan aku tahu batas aku sebagai perempuan. aku tahu menjaga diri aku. aku sedang buktikan kepada mak dan abah. yang aku sayangkan mereka dan aku mahu tempatkan mereka disyurga. dan aku tak nak kerana aku mereka dihalang untuk melangkah kesyurga. aku harus menjaga diri aku. kesalahan aku dahulu aku amat kesali. aku mahu bertaubat. mahu mulakan hidup baru sebagai seorang isteri yang solehah. teringat pesan adik kedua aku kepada aku. perempuan cukup mudah untuk menjadi ahli syurga. jaga solat dan adab terhadap suami. adik aku menjadi ahli surau ditempat belajarnya. kerana itu banyak soalan agama aku bertanyakan kepada dia. dia banyak menegur silap aku. aku pernah nekad tak nak berkahwin,tapi bila dia menegur yang jodoh itu datang dari Allah aku tahu. aku silap membuat percaturan langkah.dia sendiri menyokong niat encik tunang untuk memperisterikan aku. yang aku sedih bila terdengar gurauan abah aku.
"tahun depan abah tak gaduh la marah-marah sebab kasut along bersepah depan pintu nie.. along nanti dah nak tinggalkan abah.."
Ya Allah!along anak abah. tetap anak abah. sampai hujung nyawa. along akan jaga abah. along sayangkan abah dengan mak dan adik-adik.
sekarang rutin aku berubah. aku menjadi seorang yang banyak memikirkan masalah. aku berusaha mendapatkan kerja dalam jawatan kerajaan. kalau boleh aku nak kerja dekat tempat kerja abah. aku tak mau pindah. aku nak tinggal dekat sini. tetap disini. supaya aku boleh melawat abah dengan mak bila-bila masa yang aku nak. sebab aku tak tau macam mana hidup tak dak depa disisi aku. mujur Allah mempertemukan aku dengan seseorang yang cukup memahami aku. yang sentiasa memantau langkah aku.yang selalu tersenyum melihat tingkah laku aku. yang tergelak-gelak bila melihat aku membuat muka sengal di webcam. yang sentiasa bersedia temankan aku menerusi telefon saban malam. yang berkongsi cerita dengan aku. yang membuatkan aku tenang dengan dia. yang membacakan ayat kursi dan doa tidur serta mengucap bersama aku sebelum tidur. yang mengakui diri dia ada kekurangan dan akan sentiasa memperbaiki kekurangan itu. yang sentiasa membuat kejutan untuk aku. yang melayani keluarga aku seperti keluarganya sendiri. yang melayani karenah adik-adikku. yang sanggup bergelak sakan dengan mak aku, yang hormatkan abah aku. yang sentiasa membuatkan aku tergelak bila dia membuat lawak. yang menyimpan banyak impiannya dengan aku. dan yang paling aku terasa sebak bila dia setiap masa mengucapkan terima kasih kepada aku kerana menjadi tunang dia. ya. dia banyak berubah dari masa kesemasa. setiap teguran aku dia dengar. yang mengikut saja setiap permintaan aku. yang selalu memuji aku comel. aku rasa cukup dihargai. setiap apa yang aku lakukan sentiasa dia hargai. dari mula aku dan dia berkawan sehingga hari ini. aku bahagia dengan dia.
abang,terima kasih sebab sudi menjadi tunang tyra. menjaga tyra. dan memahami setiap apa yang tyra katakan.biarlah abg menjadi satu-satunya lelaki yang halal untuk tyra. satu-satunya lelaki bukan muhrim yang halal untuk tyra bermanja suatu hari nanti. dan satu-satunya lelaki yang bergelar ayah kepada anak-anak tyra.amin. insyallah.
aku akan menjadi yang terbaik walaupun aku bukan yang terbaik. semoga aku menjadi isteri didunia dan syurgamu. aku akan sentiasa mendoakan jodoh kita berkekalan. amin.
p/s : Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang……
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku, tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Kukuhkanlah ukhwah Islamiyah kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Istiqamahkanlah kami ya Allah…
Demi meneruskan perjuangan kami dalam medan dakwah yang penuh cabaran ini…
Jika ikatan yang Engkau tentukan ini…
Adalah satu pemangkin bagi kami…
Untuk menyambung rangkaian mata-mata rantai…
Penerus perjuangan yang tidak akan terhenti ini…
Maka jodohkanlah kami…
Moga putra-putri kami bisa menjadi muslimin dan muslimat…
Pendokong jamaah…
Penggerak gerakan Islamiyah…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan…
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan peliharakanlah aku dari kekecewaan…
Jika aku gagal menagkis kekecewaan itu…
Pelihara dan mantapkankanlah imanku…
Moga kekecewaan itu tidak menggugat gerak kerja Jamaahku…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkan aku dengan takdir-Mu…
Aku redha dengan segala ketentuan dari-Mu…
Inilah ujian pentarbiyahan buatku…
Sesungguhkan apa yang telah Engkau takdirkan…
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini…
Janganlah engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan sefikrah yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Sama-sama dapat terus bergerak di dalam Jamaah Islam…
Andainya sudah ditakdirkan buatku…
Pendokong Jemaah bukan jodohku…
Mantapkanlah tarbiyahku…
Agar aku mampu membawanya bersama melalui liku perjuangan ini…
Sama-sama berusaha mendaulatkan Islam…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah padaku keturunan soleh dan solehah…
Yang pastinya menjadi aset utama penegak syiar agama-Mu…
Ya Allah …
Redhakanlah perjuangan kami…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan peliharakanlah kami dari azab api Neraka…
Ameen…ameen Ya Rabbal a’lameen

![]() |
| masa beli barangan untuk kawen alhamdulillah,dapat dah cari barang sikit-sikit nanti nak buat ujian HIV. baju akad nikah dah dipilih temanya. |