Assalamualaikum wbt
welcome silent readers!
okay.. baru nie tyra ada update mengenai pengalaman ke khusus perkahwinan.. sekarang tyra nak share information mengenai apa yang tyra dapat masa ikut khusus tu.. PERKAHWINAN..
dengar perkataan tu memang mudah. kita rasa seronok sangat. tak sabar nak kawen. tapi bila kita tahu maksud perkahwinan tu apa,mesti kita akan terdiam.
bila kita dah berkahwin,ada banyak tanggungjawab yang kita nak kongsi dengan si suami. kalau ada anak,lagi la bertambah tanggungjawab tu. ustaz&ustazah tu pun ada cakap yang banyak kes penceraian terbaru terjadi sebab perkara yang remeh temeh. REMEH TEMEH okay!awat perkara ini terjadi?
pertama : masa bercinta,kita tak pernah kisah tentang perangai tunang kita. betul kan? jangan tipu lah. kentut dia pun kita rasa wangi,inikan perangai dia. sebenarnya,kita silap bila kita rasa semua mengenai dia adalah yang indah-indah sahaja.INDAH-INDAH sahaja okay. semua orang ada tabiat buruk masing-masing. JUJUR.terus terang saja tentang perangai buruk kita. contoh : kita kuat jeles. bila si dia tahu yang kita kuat jeles,dia akan tau level mana yang patut dia kawal pergaulan dia.
kedua : terima dia seadanya. tapi,kalau dia suka marah-marah kita baik kita fikir 100x dulu nak kawen@tak dengan dia. ada lelaki yang suka marah-marah dan ego tinggi. bayangkan,kalau dah kawen ego dia still sama sebelum kawen. MASYALLAH! *buruk perangai. semestinya bila bergaduh kita selalu kena mengalah. tapi kalau selalu mengalah,nanti lagi menjadi-jadi perangai dia! so? pikir-pikirkan la ye.
ketiga : memahami. yang nie kadang-kadang ada orang tak sedar dia buat silap dekat topik yang nie. kita rasa kita faham dia. tapi,cuba sebelum tidur. kita call dia. tanya dia. hari nie kita ada tak sakitkan hati dia? tapi,make sure kita betul-betul tenang masa tu! nanti takut gaduh pulak. kalau kita ada sakitkan hati dia,mintak maaf dan janji takkan ulang silap kita tu lagi. kiranya,esok pagi kita akan jadi 0-0 balik la.
keempat : jangan memaksa. kadang-kadang,kita suka memaksa orang untuk melakukan sesuatu perkara. contoh : awak,saya nak jumpa awak jugak! *ops!silap dah tu. jangan memaksa untuk dia melakukan sesuatu untuk kita. kalau dia tak nak jumpa,biarkan ja. kita buat tak tahu. memang hati rindu,tapi ada hikmah disebalik setiap kejadian kan? lagipun,kurang la dosa maksiat tu. :)
kelima : ingat ALLAH swt! kita bila bercinta lupa dunia. ingat. Allah sentiasa memerhatikan kita. jangan abai@lupa tentang ALLAH swt. berdoa kepada Dia. supaya jodoh kita datang dari Dia. Bukan Dari SYAITAN LAKNATULLAH!
keenam : keluarga. yang ini paling penting. kita bukan nak berkawen dengan dia saja. tapi dengan seluruh ahli keluarga dia! kenali dulu perangai parents dia. supaya kita tak gaduh lepas kawen sebab mentua kita.*selalu terjadi kepada orang perempuan. fakta : lelaki nie anak mak. selalunya depa akan mengadu masalah depa kepada mak depa.sebab lumrah hidup lelaki baik dengan mak,perempuan baik dengan ayah. nanti,lepas kawen mesti kita tak suka dia mengadu pasal kita dekat mak dia kan? "AH!menci tau duk mengadu2 kat mak dia memanjang"
ketujuh : matang. kita ingat kita dah matang. kita boleh buat semua keputusan sendiri. tyra yang umur 22 pun tak reti buat keputusan sendiri. hahaha. matang nie,maksudnya dia tahu pikir rasional. yang tu salah. yang tu betul. yang tu cantik. yang tu buruk. sebab apa kena matang? sebab,bila dah kawen antara masalah yang akan timbul ialah : ekonomi. anak-anak. agama/akhirat. dan macam-macam lagi. ekonomi nie memang topik yang best. selalunya,masa bujang.apa kita nak,kita akan dapat. sebab mak ayah akan follow je kemahuan kita. tapi lepas kawen,benda macam tu takkan terjadi sayang! sedarlah sedarlah! zaman bujang kasut RM25 kita rasa murah. dah kawen RM15 punya kasut pun kita rasa mahal. dah bersediakah kita untuk perkara tersebut?
kelapan : kepimpinan. cari lelaki yang boleh memimpin. bukan yang jadi ayah pin. sebabnya,lelaki yang memimpin nie selalunya akan tegur dengan teguran yang boleh diterima pakai. contoh : sayang,solat tak lagi?
*HUUUUIIISSSHHH!ada tak readers yang macam nie?(terutama lelaki) tolong lah,tolong nikahi saya. hahaha! bab agama kalau dia boleh memimpin,kiranya kita memang tak payah risau langsung pasal masalah agama kita nanti. hahaha
kesembilan : seksual (18 keatas je). yang nie masalah berat. tapi kena cuba selepas kawen la. contoh. kalau isteri pernah dirogol,dia akan trauma. dan kalau suami tahu pasal benda tu,suami kena banyak-banyak bersabar. kena lebih rileks. jangan tahu maki hamun bini ja sebab dia takut. laki yang macam tu kena kawen kan ja dengan lembu. HUH.
kesepuluh : kasih sayang : suami selalunya romantik sebelum kawen. selepas kawen dia dah kurang sikit romantiknya tu. *mujuq la en tunang memang tak romantik. hahaha . okay. balik kepada topik. romantik tu kalau boleh biarlah selepas kawen jadi makin banyak dan bertambah. biar sampai hujung usia pun still makan suap-suap. still renung satu sama lain. ini tak,dah lama kawen lagi meluat tengok bini. hahaha.
sebenarnya,banyak lagi rencah asam garam rumah tangga yang kita akan dapat masa khusus tu. pasal cerai berai tak sebut lagi tu. huhhhh. kalau kita tahu yang talak tu senang jatuh,mesti kita rasa macam nak tempek tape ja kat mulut suami kita. untuk tyra,tyra dah pesan awal-awal dekat en tunang. perkataan CERAI tak boleh disebut langsung dalam rumah@luar rumah. kalau sebut jugak,tyra halau dia tido luar bilik. HUH! ingat. sebelum kawen sebut la perkataan cerai tu banyak banyak. insyallah tyra tak marah. lepas kawen,memang tyra marah. setiap patah perkataan yang keluar dari mulut itu DOA okay!
so,harap-harap tak dak la masalah nanti lepas kawen. memang la akan ada jugak masalah tu. mana ada rumah tangga yang elok memanjang.ABNORMAL la tu. cuma harapan tyra,kalau dah kawen nanti ada masalah timbul setelkan elok2. dan yang penting. TIADA MASUK CAMPUR TANGAN ORANG LAIN. hal suami isteri biar suami dan isteri ja yang selesaikan. tukang nasihat duk ditepi sudah lah! huh
done. tak nak pikir pasal masalah rumah tangga sementara masih bujang nie. tahun depan pulak baru pikir. bye! muah! sayang semua. assalamualaikum wbt! :D
:: tyra kepeningan::
- harap maaf. tiada picture. sebab malas nak open folder dan mencari. nanti tak habih2 mencarut ja jadinya.