ammar thaqif

assalamualaikum wbt & hi!

ewah-ewah minggu ni exam. so kena rajin-rajin marahkan kanak-kanak ribena kat sekolah ni untuk baca buku.

kih kih kih. macam rajin sangat nak marah budak-budak tu. okay. nak cakap pasai topik ammar thaqif. dia demam hari ni. dan demam kali ni dia merap sangat-sangat. penat dibuatnya bila dia merap tahap aku ni nak duduk pun tak boleh. tapi. salah tu datang dari aku jugak. 19 mac haritu, bersamaan hari khamis aku ikut sepupu aku yang baru kahwin tu pi photoshoot outdoor kat taman kulim high tech tu. nak dijadikan cerita sesi bergambar tu terlajak sampai ke maghrib. start petang tu anak aku demam. aku pun tak tau la punca apa. rupanya mak tih aku cakap kat situ tempat bunian. maybe time balik tu ada yang tegur anak aku kot,tu yang anak aku jadi pelik semacam masa balik tu. tambah menakutkan selesai semua kerja tu aku bawak anak aku pi minum susu. aku terpandang kasut dia ada kat kaki dia. dua-dua belah okay! bukan sebelah ja. tak lama lepas tu depa ajak plak makan kek yang depa bawak dari KL tuhh. aku pun turun balik makan kek,terus masuk kereta. ye lah kan dah maghrib! tetiba aku tengok kasut ammar dah hilang sebelah. sangka aku ingat jatuh kat tepi kereta tu ja. ye la turun dekat kereta ka masa makan kek tu. rupanyaaa jauh gila kasut ammar tersasar. kat hujung taman sana nuh! woooo.tetiba aku rasa seram sejuk. aku tengok ja incik chenta hati datang,aku ajak dia balik laju-laju. dah kuar dari taman tu anak aku dah pelik semacam. aku pun cakap la,macam mana kasut anak aku,boleh tersasar jauh sedangkan aku dah tak pi pun kat situ.  masa bagi minum susu tu kasut anak aku ada kat dia. tetiba hilang ada kat hujung taman. HO HO HO. aku takkan bawak anak aku pi kat situ dah! sorry to say!

penjagaan muka

assalamualaikum & hi! ;)

hari ni nak share pasai muka. muka? apa benda tak kena dengan muka ni!???? Hahaha. actually,banyak orang duk tanya. "huka hang ni susah naik jerawat eh?" memang la susah maybe sebab faktor genetik kot. mak tyra pun susah sangat naik jerawat kat muka dia. so,maybe ikut dari situ kot. tapi,waklau bagaimana pun muka tetap kena jaga. cara nak jaga senang ja. pilih pencuci dan krim muka ataupun benda sampingan yang mencantikkan kulit dan dalaman kita. tyra amalkan pencuci muka garnier.
sebab memang dari zaman muda remaja duk amal pakai pencuci garnier ni. jadi muka pun nampak okay la. tak dak nampak kesan kusam or muka berbalaq. berbalaq tu macam sebelah dalam putih,luar gelap. lagi satu tyra gak minum aura white untuk bagi kulit putih sikit. hahaha. tak mau putih macam hantu. beheeeeee.

kadang-kadang tyra buat facial muka. facial ni ikut bajet. ada duit lebih baru pi buat. ni pun tunggu gaji bula febuari nak pi buat facial. facial yang selalu tyra buat dekat rumah kak fiza di kepala batas. memang best dia punya treatment tu. sampai kadang-kadang (selalunya la..) tyra lena atas katil tu masa duk buat treatment. lagpun treatment dia murah sangat. cuma RM50 ++ ja. tak la melalut sampai beratus hinggit kannn. rugi ja kalau buang duit banyak-banyak sebab muka memang tak dak masalah sangat,so oleh consider untuk berjimat la.. :)

tapi benda paling penting,tyra memang suka mekap. every day mekap. hahahaha. sebelum mekap,cuci muka dulu. dan pastikan balik ja rumah cuci muka dengan air bersih a.k.a mandi ja teruihhh. senang. selalunya tyra cuci muka before ambik wuduk. so cuci muka lepas tu ambik wuduk. baru selesa masa solat. muka wangi jerrr. tapi bila kita keluar umah tu make sure kita bawak air masak banyak-banyak-banyak. sebab muka yang cantik selalunya tuan dia minum air masak yang mencukupi! so,beli la tupperware air yang 3,4,5 liter tu. bukan rugi pun. tambah cuaca panas macam ni lagi kena kerap minum air masak kan?

okay! tu ja perkongsian saya!

>>  rindu Ammar Thaqif! <<

cinta seorang isteri


saja upload picture gambar cincin kahwin. masa ni Tuhan ja tau berdebar rasanya tu. boleh ke tak terima hamba Allah yang bernama Taufik Salleh tu jadi suami aku.

toink toink toink

almost 2 tahun kami berkahwin,ada junior seorang dah pun. punya cepat masa berlalu. sebenarnya dulu orang cakap,kahwin tu mudah. nak mempertahankan tu yang susah. yup. aku tak nafikan. memang susah. bayangkan orang asing yang tak pernah hidup dengan kita tetiba duduk dengan kita. dah tu siap complaint macam-macam. memang nak kena la kan?

dalam rumahtangga ni kadang-kadang ada give and take. cuma ada sesetengah orang tak faham konsep give and take tu apa. kiranya aku masak,hang lipat kain. tu perumpaan paling mudah. kita rasa kita dah bagi duit,tenaga dan segalanya untuk orang yang kita sayang. tapi memang bukan senang orang nak hargai. kita kena belajar terima hakikat. tiada manusia yang sempurna. dan kita kena ubah untuk saling menyempurnakan hidup masing-masing. kalau ada tabiat buruk macam suka tonton porno(sx18 punya tu) kena la buang. jangan duk minat tengok cerita macam tu. bengong 44 hari. kalau tiap-tiap hari tengok? perghhh. tak ke bengong berbulan-bulan lamanya.

belajar tanam dalam hati. andai la orang yang aku sayang dah tiada esok apa aku nak buat?
jangan bila orang tu meninggal ke,berpisah dengan hang ka,baru menggelabah nak mencari. nak menyesal. NO NO NO.

belajar dulu bagi hati rasa aku nak jaga orang yang kahwin dengan aku ni sampai bila-bila. 

jangan pula bila ada masalah mula la fikir,xpe la,dah jodoh aku dengan dia. redha ja. nope! itu sangat salah. kita kena keep thinking. keep feel like she/he is a gift from heaven for me.

ini tak. asyik nak salahkan takdir.

tanggungjawab.

ini memang penting. kenapa? sebab tak de tanggungjawab baik kau jangan lahir kat dunia ni. 
hahahahaha

ok,bye

life as a mother

assalamualaikum! hi >..<

lamanya tak mengadap blog kesayangan ni. sibuk semedang. sibuk dengan kerja dengan anak.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

sedaq tak sedaq dah setahun umuq si ammar thaqif tu. lama tak lama dah jadi ibu. bahahahaha. sepanjang jadi ibu ni baru faham penat tak penatnya life. celik mata tengok anak. kadang-kadang lena sampai tak ingat dunia. maafkan ibumu ini ye anakku. bila dah letih tu,letak kepala pun rasa nak hanyut. padahal baru cadang nak rest kejap je. kejap je. yang kejap tu jadi 2 jam punya lena. perghh! macam tu la nasib bila jadi mak ni. dapat lena 2 jam pun dah bahagia tak ingat dunia. hepi besday ammar.

tu ja. k bye! hahahahaha

tak la,gurau ja. gurau kasaq nampak. heeee. bila jadi ibu ni banyak benda yang kena korban. masa rehat jadi kurang. dulu incik chenta hati tak berapa nak peduli,la ni bila kena marah baru dia nampak. dulu tak nampak. bila dia cakap, "eh,sayang. dulu masa baru kahwin sayang selalu tido lambat. sekarang baru 5 saat letak kepala atas bantal dah ghaib?" see. now you know betapa penatnya wife you. 6 am bangun. 6.45 pi keja. 5pm balik keja sampai pun pukul 6pm kat rumah. nak siapkan makanan anak,mandian anak,basuh baju anak,dinner malam. kadang-kadang part tak best bila balik tengok incik chenta hati tak kemas katil lepas tido. pergghh! penat! tapi malas nak bebai kan? kemas ja diam-diam.

bila ada orang tanya : bila nak topup adik kat ammar?

ok. ini jawapannya

another year. another year but not this year! hahahahahaha. penat beranak tak hilang,memang tak la nak menambah anak. but sometimes,ada gak terlintas. beranak ramai-ramai,umur 35 tahun dah rehat. sebab anak dah reti bahasa. so senang la. ada bibik tak berbayar. hahahaha.

dah la. nak siap bahan keja. next time la ceqhita perkembangan otobot kecik tu! bubyeee

My story (thalasemia)

Assalamualaikum wbt. heee. macam mana nak mula cerita. tengok muka incik suami baru dapat ilham. thalasemia. pernah tak dengar benda ni? mula sekali aku pun tak pernah dengar and ambik tahu pasal penyakit ni. alhamdulillah. family aku semuanya normal darah depa. so tak dak kena mengena buat apa kita nak ambil tahu right? biasa la. lumrah manusia. sehingga la tanggal 19 mei Allah pertemukan aku dengan seseorang. orang yang menjadi suamiku,yang halal buatku dan abah kepada cahaya mataku. dari dia aku dengar pasai penyakit tu. baru aku paham yang penyakit tu diturunkan secara turun temurun melalui darah kepada anak. dalam erti kata lain penyakit keturunan. contoh : mak ayah penghidap thalasemia. anak-anak pulak ada kemungkinan menjadi penghidap atau pembawa. nak kenal pesakit thalasemia ni mudah ja. muka depa semua ada persamaan. cuma untuk pembawa muka depa kurang sikit la terserlah persamaan tu. disebabkan aku tak pernah peduli,aku pun tak ambik tahu la pasai muka pesakit ni. bagi aku bakal suami aku tu comel pa. hehehe. tapi bila dia cerita satu persatu pasal benda ni aku jadi nak ambik tahu. aku kaji la sikit-sikit. tapi kita ni bukan otak budak sains. memang lambat nak paham. aku pun rileks ja la. bagi aku semua orang ada kelemahan masing-masing. aku terima lamaran dia. walaupun aku tahu risiko dia. tapi tu dikatakan jodoh.

awal kawen perghhh! memang susah nak paham tabiat depa. rupanya bila depa ni pesakit thalasemia,depa akan mudah rasa letih. cepat mengantuk sebab darah merah banyak dalam saluran darah depa. aku ni jenis suka bebai,marah-marah. ya la. sapa tak tension dapat suami kentut tidoq. dalam kereta boleh tidoq. atas kerusi pun dia boleh hentam lena. asyik tidoq jaaaaa. meluat sangat.sangat-sangat. tapi lama kelamaan,aku mula faham. rupanya dia cepat letih.so bila dia nak tidoq aku biaq ja la. walaupun kadang-kadang sakit hati aku telan ja la. kena la banyak bersabar.

tu sebelum ada anak. bila dah ada anak kena tahu risiko kalau anak penghidap thalasemia tu. so aku cuba la telan vitamin yang nurse bagi. macam ubat tambah darah aku tak ambik sangat,sebab risau. aku ambik selang-selang. alhamdulillah,sepanjang aku pregnant tak dak masalah sangat. cuma hb low tu biasa la. aku pun kurang makan awai pregnant. aku banyak muntah-muntah. bau ja aku muntah. aku cepat letih. penat gilaaaa. tapi biasa la.

lepas dapat anak aku kena banyak belajar lagi. sebab incik suami tak normal macam orang lain. boleh jaga anak bila anak meragam tengah malam. aku kena banyak berkorban la. tidoq lewat pun tak apa la. asalkan anak aku okay. cuma kadang-kadang bila kita letih sangat mana la nak boleh sabar kan? aku pun bukan malaikat. bila aku bebai tu aku luahkan ja dekat incik suami. dalam erti kata lain aku berleter la. bukan apa. penat aku hilang bila aku membebel. aku rasa macam incik suami faham keadaan aku la kononnya. hahaha

tapi biasa la. bukan senang untuk menerima orang luar dalam jangka masa yang cepatkan? ambik masa jugak untuk kita kenal orang tu,tabiat dia,cara dia. tapi kita kena sabar banyak la. bila tak sabar tu berleter ja macam aku buat.memang la tak hilang rasa sakit hati tu 100% tapi lega sikit la kan dari tak lega langsung. untuk incik suami pulak dia kerap kena masukkan darah. setiap bulan ataupun hb dia low dari 10. so,hospital tu rumah no 2 la. bila dapat anak kena tunggu anak setahun kena bawak pi check. kena get ready mental dengan fizikal la untuk anak pulak.

bagi aku orang yang tak pernah rasa terbeban memang rasa susah. kadang-kadang air mata ni senang ja mengalir bila fikir masa depan aku. tu belum tanggapan orang pasai penyakit ni. aku cukup risau fikir pasai anak aku. kalau dia jalani nasib yang sama macam abah dia,isteri dia akan faham ka macam aku ni faham abah dia? boleh ka isteri dia berkorban jaga dia kalau dia sakit? aku risau sangat-sangat. tapi aku serah dekat Allah ja. aku yakin kalau aku doakan yang terbaik untuk anak aku mesti dia akan dapat kehidupan yang elokkan? mudah-mudahan.

bagi mereka yang tak tahu pasai thalasemia,kaji la pasai penyakit tu. bersedia kalau nak dapat jodoh orang thalasemia. sebab depa pun tak mintak nak jadi macam ni kan? apa pun kasih sayang yang penting. dari buat kajian benda bukan-bukan baik kita kaji tentang penyakit yang memang risiko dia ada untuk orang sekeliling kita. sebab thalasemia ni macam-macam jenis. ada beta la,itu la,ini la sejujurnya aku pun kurang arif. cuma masih belajar slow-slow pasai penyakit ni.

mudah-mudahan semuanya akan dipermudahkan Allah SWT. sekian,assalamualaikum :)

New Job!

Assalamualaikum wbt

hi,sekarang saya bukan lagi surirumah tangga full time. but now,saya dah berkerja! jawatan ni gred N17. okay la tu sementara nak membina kehidupan. ingatkan bila dah bekerjaya ni memang best la kan? tapi rasa sedih tinggalkan Ammar Thaqif kat rumah. sambil dijaga oleh neneknya okay? jangan ingat aku tinggal anak sorang-sorang pulak. hahahaha

sadis? yes

memang sadis sebab rasa macam tak best anak duduk dengan orang. selalu kita yang jaga dia. sekarang rutin memang berubah 100%.

dulu

bangun tidur,solat siapkan encik chenta hati untuk pi kerja lepas tu tido balik sampai pukul 10/11 am sebelum Ammar bangun dan mandikan dia. lepas tu bagi dia main sambil makan. selesai bab makan aku buat kerja rumah. sapu lantai,mop lantai basuh baju,sidai baju.

sekarang.

bangun pukul 5.30 pagi. mandi,solat siapkan barang dan main dengan Ammar kejap sebelum pi kerja. dalam pukul 6.30 dah siap pergi kerja. kerja sampai pukul 5 pm. balik teruih main dengan Ammar. tapi rasa tak puas. rasa masa dengan anak sikit sangat

dulu selalu sembang dengan dia. sekarang cuit-cuit hidung je lepas tu teruih pergi kerja. penat betul. rasa macam tak ada masa dengan anak. hish. rasa macam nak jadi surirumah balik. ada masa balik kampung,ada masa dengan anak suami,ada masa dekat dapur,tapi tak dak gaji. hahaha

kenapa la orang sekarang fikir semua orang patut kerja?

memang la untuk cari duit,tapi ada duit anak terabai tak guna jugakkan? hish. people? please. open your mind la. no need to think about job 24 hours. just think if she/he happy with their life,it's fine. no need to bother them. okay bai!

dilema keroje

haih. mengeluh dulu. okay. mukadimah yang mudah. semua orang dah maklum yang aku ni dah ada anak. muhammad ammar thaqif. setiap kali on fb gambaq dia ja yang aku rajin upload. jenuh cemuih orang yang berkawan dengan aku dekat facebook tu. hihihi. mahu taknya. 25 jam sehari hidup aku dengan dia ja. bangun tidoq dia la jam penggera aku. nak tidoq pun sekali dengan dia. kalau pukul 2 pagi dia tak tidoq maknanya sekali aku la tak tidoq lagi. ye la,kecian pulak dekat encik chenta hati. dia kena kerja pagi-pagi lagi. so kita yang tak bekerja ni kena la memahami.

tapi baru-baru ni cuba la apply kerja. alhamdulillah. ada feedback yang okay. cuma la ni dilema. anak nak tinggal dekat sapa? bila tengok pengasuh zaman sekarang dah nampak tak ketahuan sangat. actually ada pengasuh yang baik dan penyayang. tapi kalau dapat yang tak berapa cukup kasih sayang tu amacam?

rasa nak sangat kerja. tapi risau sangat kalau anak lebih rapat dengan orang pengasuh tu dari kita. sedihkan bila tengok dia punya keperluan orang pengasuh lebih faham.nak tak nak kena la berkorban.

cuma sekarang,encik suami lebih suka i focus on bisnes. sekarang ni tengah berjinak dalam bidang photograph untuk wedding. cuba la nak belajar dulu sebelum nak jadi pro betoi2 kan. kalau dapat rezeki target nak beli rumah. semoga Allah permudahkan la rezeki untuk anak. aaminn.



kenai dak baby ni?
bila senyum bukan main lagi.
bila serius sapa pun jangan duk kacau.
Muhammad Ammar Thaqif bin Taufik

Hi!I'm new mummy

Assalamualaikum WBT! Alhamdulillah. dapat jugak post 1 entry lepas bersalin ni. hahaha. lama gila tak update belog. okay. first. tahniah buat diri sendiri. akhirnya dah selamat bersalin baby boy yang bam-bam pada 23 Feb 2014 yang lepaih. first anak kena operated. hope second dapat merasa bersalin normal. actually tyra bersalin awai 2 weeks. due date sepatutnya bulan march tapi semangat baby nak kuaq awai. sebelum 2,3 hari sebelum bersalin tyra dah check in wad kat Seberang Jaya. turun tanda darah coklat tu dekat panties. so masuk wad check bukaan baru 1 cm. ciss. tapi kena tahan wad sebab demam. T_T

sakit tu dah rasa sikit2 tapi tak la teruk. disebabkan demam kena la masuk air then duk dalam labour room sambil dengar orang sakit teran nak bersalin. ngeriiii bak hangggg! sana meraung,sini menjerit. menakutkan. lebih menakutkan dari naik menatang pusing2 kat pesta penang tu. dua hari stay sana hari ketiga dah boleh balik lepas doc check bukaan. 2cm. heeee. doc cakap anak sulung ni makan masa lama. walaupun 2 cm bukaan dia leh tahan sampai hari due date. so,terus pack barang apa semua dan balik. singgah makan md kat Bertam sat. balik tu tengok kat panties ada lagi tanda darah. haih. awat ni? tapi hati masih cool steady. en chenta hati dah nak bawa pi hosp. tapi tyra tak mau lagi. sebab rasa macam awai lagi. penat la kuaq masuk hospital. duk lepak. tengok tv bagai2 apa semua benda tyra buat. dalam pukul 10 pm tetiba rasa senak sangat2. perut memulas2. sampai nangis tyra dibuatnya. selang 5,10 min sakit tu datang. dalam pukul 11pm terus pi hosp. dengan berkain batik,tudung senget,t-shirt entah apa2 terus pi hosp seberang jaya. masuk dalam labour room check bukaan ada 4 cm. fuh. sakit masa tu tak tau la nak habaq macam mana. lepas tu doc tu pecahkan ketuban. lepas tu memang sakit ya amat. tetiba alat yang check jantung baby bunyi. aahhh. pa hal plakkk. doc kelam kabut bila tengok jantung baby stop. ya Allah! panik sangat masa tu. doc mintak nak operation. tyra pun setuju. asalkan baby selamat. terus sign borang apa semua. masa tu memang tak malu dah. nurse buang semua baju pakai baju untuk masuk dewan bedah. dalam dewan bedah tyra lali ubat. doc biuskan ubat dekat tulang belakang tyra. masa tu leh rasa doc robek perut tyra ni. walaupun kebas separuh badan. dalam hati cuma ingat zikir nabi yunus ja. mintak Allah permudahkan semuanya. dalam 15 min duk rasa doc robek perut ni tetiba dengar macam belon meletop. pop! terus dengar tangisan manja Muhammad Ammar Thaqif bin Taufik. *rindu nak dengar bunyi pop tu*

Alhamdulillah. first sekali ayat dalam hati. doc sambut terus pi cuci baby. tyra kena sambung bertarung nyawa lagi sebab kehilangan banyak darah. doc terus check perut,kuaqkan uri apa semua lepas tu jahit. tyra dah dalam alam mimpi masa tu. letih & penat. tak lama lepas tu doc kejutkan tyra dan tunjukkan jantina baby. tengok2 ada burung. hahaha. tyra cakap boy sambil senyum. doc dekatkan pipi baby dan dahi untuk tyra cium. masa tu bergenang air mata. rasa sakit tu hilang. masa tu kalau en chenta hati nak pi outstation lama mana pun xpa dah. kita dah ada peneman dunia akhirat. hahahaha. dalam pukul 6 tyra masuk wad then rehat.

harap Muhammad Ammar Thaqif jadi anak yang soleh,dengar cakap orang tua. Muhammad(Nama Nabi) Ammar( yang memakmurkan) Thaqif ( bijak & cepat faham). okay.sekian saja. nanti update len. malas nak cari gambaq Ammar Thaqif pukul 2 am ni. hahaha. k,assalamualaikum WBT!

34 weeks! Here i come!

Assalamualaikum wbt!

wehoo..over excited pulak mummy to be nih. -..-

okay. now dah 34 minggu. so ada beberapa minggu lagi la intan payung pengarang jantung yang duk sewa dalam tummy ni nak kuar tengok dunia. haih. dunia oh dunia. la dia je la peneman bondanya tercinta. semuanya gara-gara babahnya perasan jadi orang bujang. *bluekkk* muntah pelangi. actually dah terbiasa dengan jarak jauh. dulu masa awai2 kawen pun sorang duk key el sorang duk penang. so dah normal la. cuma bila hujung-hujung kehamilan ni risau sikit la. mana tak nya. dibuatnya tetiba tanpa warning si comel omey ciut miut dalam tummy ni nak kuar,babah dia pulak duk perasan bujang lagi tak ka haru. tak pasai bondanya la yang kena azan kuat-kuat dalam wad tu nanti. kih kih. muahh hahaha!

haru biru rasanya kalau tyra yang excited duk pi azan dalam wad bersalin tu. okay. tyra maybe bakal check in hospital seberang jaya. so. si comel omey ciut miut ni pun bakal ikut jejak langkah pak cik dan mak sunya bersalin dekat situ. tyra bersalin kat hosp pulau pinang. T_T tu la. sapa suruh tak nak membesar sangat. pak ngahnya pula bersalin dekat hosp bukit mertajam. tu yang keja ajak tyra main badminton sebab kes badan dah membesar macam dipam-pam. praktikal pun duduk saja. dalam aircond. mau tak makin debab. hahaha.dia tak sedaq orang dia duk ajak main badminton ni pun tunggu hari nak bersalin ja. hahaha. no! tak nak tak cukup bulan. biaq 40 minggu baru baby comel omey ciut miut ni kuar tau! jangan tak cukup pulak. nanti doktor berkira dengan semua orang. tak boleh dukung sebab kena duk dalam tempat khas pulak. tak mau macam tu ok. nanti terover ciut miut sampai orang takut nak pegang. hahaha

PERSIAPAN BABY

bab ni yang excited. bila tengok barang baby mula la nak jadi histeria bagai-bagai. selalu tyra shopping with my mum ja. babahnya selalu kerja. so tak dapat join tengok mak baby jadi histeria bagai-bagai. kih kih. firstly benda yang kita kena beli persiapan nak masuk dalam wad. baju baby,lampin baby,tuala,bedak,minyak,dan kelengkapan kita pun kena sedia. pad yang nak dipakai masa bersalin pun kena siapkan. ada beza tau pad yang dipakai masa period dengan masa pantang ni. so tyra prefer pad yang dipakai masa pantang. sebab my mummy say's : pad yang khusus untuk pantang ni tak mengandungi benda pelik-pelik or bahan yang sensitif untuk luka bawah tu. yang pad pakai masa period tu selalunya ada bahan pewangi dan bla-bla. masa baru-baru tu pakai dulu pad untuk pantang. after that dah kering luka baru boleh pakai pad biasa balik. so. i get it! satu info la. kita jangan beli banyak-banyak baju baby sebab baby cepat membesar. so biar beli sikit-sikit. lepas tu baru kita usaha beli baju yang vogue-vogue lagi untuk baby. selalunya kita ni over excited tengok baju baby. macam-macam fesyen dijual. hahaha.

orite. setakat ni saja dulu. untuk sapa-sapa yang terasa hati,termakan dalam,terkena kutuk tak sengaja, i'm so sorry! hahaha. mana la nak tau duk melawak tanpa sedar kan. :) doakan semoga tyra selamat berjuang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang hamba Allah ni kedunia. kalau umur panjang syukur la sebab Allah izinkan tyra menjadi seorang ibu untuk cahaya mata ni. tapi kalau Allah SWT lebih sayangkan tyra, tak apa pasti akan ada yang menjaga buah hati tyra yang omey-omey ni. amanah tyra untuk mereka yang masih hidup didunia. hope tyra mampu menjaga amanah Allah ni sebaik mungkin. semoga baby yang bakal lahir ni menjadi khalifah Allah yang taat pada perintahNya. jom! duk mengidam telur ikan yang jenis besaq-besaq tu. alhamdulillah. cari punya cari dah dapat semalam. my mummy dah masakkan. sekarang masa untuk makan!

terima kasih Allah. :')