dilema keroje

haih. mengeluh dulu. okay. mukadimah yang mudah. semua orang dah maklum yang aku ni dah ada anak. muhammad ammar thaqif. setiap kali on fb gambaq dia ja yang aku rajin upload. jenuh cemuih orang yang berkawan dengan aku dekat facebook tu. hihihi. mahu taknya. 25 jam sehari hidup aku dengan dia ja. bangun tidoq dia la jam penggera aku. nak tidoq pun sekali dengan dia. kalau pukul 2 pagi dia tak tidoq maknanya sekali aku la tak tidoq lagi. ye la,kecian pulak dekat encik chenta hati. dia kena kerja pagi-pagi lagi. so kita yang tak bekerja ni kena la memahami.

tapi baru-baru ni cuba la apply kerja. alhamdulillah. ada feedback yang okay. cuma la ni dilema. anak nak tinggal dekat sapa? bila tengok pengasuh zaman sekarang dah nampak tak ketahuan sangat. actually ada pengasuh yang baik dan penyayang. tapi kalau dapat yang tak berapa cukup kasih sayang tu amacam?

rasa nak sangat kerja. tapi risau sangat kalau anak lebih rapat dengan orang pengasuh tu dari kita. sedihkan bila tengok dia punya keperluan orang pengasuh lebih faham.nak tak nak kena la berkorban.

cuma sekarang,encik suami lebih suka i focus on bisnes. sekarang ni tengah berjinak dalam bidang photograph untuk wedding. cuba la nak belajar dulu sebelum nak jadi pro betoi2 kan. kalau dapat rezeki target nak beli rumah. semoga Allah permudahkan la rezeki untuk anak. aaminn.



kenai dak baby ni?
bila senyum bukan main lagi.
bila serius sapa pun jangan duk kacau.
Muhammad Ammar Thaqif bin Taufik