Assalamualaikum wbt!
wehoo..over excited pulak mummy to be nih. -..-
okay. now dah 34 minggu. so ada beberapa minggu lagi la intan payung pengarang jantung yang duk sewa dalam tummy ni nak kuar tengok dunia. haih. dunia oh dunia. la dia je la peneman bondanya tercinta. semuanya gara-gara babahnya perasan jadi orang bujang. *bluekkk* muntah pelangi. actually dah terbiasa dengan jarak jauh. dulu masa awai2 kawen pun sorang duk key el sorang duk penang. so dah normal la. cuma bila hujung-hujung kehamilan ni risau sikit la. mana tak nya. dibuatnya tetiba tanpa warning si comel omey ciut miut dalam tummy ni nak kuar,babah dia pulak duk perasan bujang lagi tak ka haru. tak pasai bondanya la yang kena azan kuat-kuat dalam wad tu nanti. kih kih. muahh hahaha!
haru biru rasanya kalau tyra yang excited duk pi azan dalam wad bersalin tu. okay. tyra maybe bakal check in hospital seberang jaya. so. si comel omey ciut miut ni pun bakal ikut jejak langkah pak cik dan mak sunya bersalin dekat situ. tyra bersalin kat hosp pulau pinang. T_T tu la. sapa suruh tak nak membesar sangat. pak ngahnya pula bersalin dekat hosp bukit mertajam. tu yang keja ajak tyra main badminton sebab kes badan dah membesar macam dipam-pam. praktikal pun duduk saja. dalam aircond. mau tak makin debab. hahaha.dia tak sedaq orang dia duk ajak main badminton ni pun tunggu hari nak bersalin ja. hahaha. no! tak nak tak cukup bulan. biaq 40 minggu baru baby comel omey ciut miut ni kuar tau! jangan tak cukup pulak. nanti doktor berkira dengan semua orang. tak boleh dukung sebab kena duk dalam tempat khas pulak. tak mau macam tu ok. nanti terover ciut miut sampai orang takut nak pegang. hahaha
PERSIAPAN BABY
bab ni yang excited. bila tengok barang baby mula la nak jadi histeria bagai-bagai. selalu tyra shopping with my mum ja. babahnya selalu kerja. so tak dapat join tengok mak baby jadi histeria bagai-bagai. kih kih. firstly benda yang kita kena beli persiapan nak masuk dalam wad. baju baby,lampin baby,tuala,bedak,minyak,dan kelengkapan kita pun kena sedia. pad yang nak dipakai masa bersalin pun kena siapkan. ada beza tau pad yang dipakai masa period dengan masa pantang ni. so tyra prefer pad yang dipakai masa pantang. sebab my mummy say's : pad yang khusus untuk pantang ni tak mengandungi benda pelik-pelik or bahan yang sensitif untuk luka bawah tu. yang pad pakai masa period tu selalunya ada bahan pewangi dan bla-bla. masa baru-baru tu pakai dulu pad untuk pantang. after that dah kering luka baru boleh pakai pad biasa balik. so. i get it! satu info la. kita jangan beli banyak-banyak baju baby sebab baby cepat membesar. so biar beli sikit-sikit. lepas tu baru kita usaha beli baju yang vogue-vogue lagi untuk baby. selalunya kita ni over excited tengok baju baby. macam-macam fesyen dijual. hahaha.
orite. setakat ni saja dulu. untuk sapa-sapa yang terasa hati,termakan dalam,terkena kutuk tak sengaja, i'm so sorry! hahaha. mana la nak tau duk melawak tanpa sedar kan. :) doakan semoga tyra selamat berjuang bertarung nyawa untuk melahirkan seorang hamba Allah ni kedunia. kalau umur panjang syukur la sebab Allah izinkan tyra menjadi seorang ibu untuk cahaya mata ni. tapi kalau Allah SWT lebih sayangkan tyra, tak apa pasti akan ada yang menjaga buah hati tyra yang omey-omey ni. amanah tyra untuk mereka yang masih hidup didunia. hope tyra mampu menjaga amanah Allah ni sebaik mungkin. semoga baby yang bakal lahir ni menjadi khalifah Allah yang taat pada perintahNya. jom! duk mengidam telur ikan yang jenis besaq-besaq tu. alhamdulillah. cari punya cari dah dapat semalam. my mummy dah masakkan. sekarang masa untuk makan!
terima kasih Allah. :')