Pesanan dari abah :)

Assalamualaikum wbt & Welcome Silent Readers :)

Alhamdulillah. Hari nie sempat lagi update belog. Semalam pun dah update. Hari nie still update. Biasa la,bila datang mood nak mengupdate belog inilah yang akan terjadi. Hahaha! Untuk hari nie tyra boleh rehat. tak pikir apa-apa masalah dunia pun. Just nak lempar semua masalah perihal kawen-kawen nie jauh ketepi. Letih bila banyak berfikir nie. tambahan pula ada orang yang tak memahami. malah nak tolong bagi serabut kepala otak tyra dengan perangai dia tu. FINE,tyra tak kisah dan tak nak masuk campur. banyak lagi benda lain yang tyra kena fikirkan. untuk esok,tyra akan membuat persiapan akad nikah sepupu tyra. abang chuck. 24 November nie dia nak akad nikah. then tyra pulak untuk pertengahan tahun 2013. untuk akad nikah just family only&kengkawan rapat sahaja. cuma untuk majlis perkahwinan baru dijemput ramai orang luar. tyra nak share moments nie dengan mereka yang rapat dengan tyra sahaja. bagi encik tunang,nazrin and fikri akan join. wajib depa dua tu datang. hahaha!mereka yang paling rapat dengan encik tunang. dan tyra rapat dengan nazrin. insyallah,tyra juga nak jemput teyn si budak comel yang rindu teruk dekat tyra tu. Yeay! untuk pengapit pun dekat Taiping tyra dah reverse dia. walaupun dia tinggi,tapi sepadan la dengan tyra nanti. hehehe. *serius dah tak sabar! 

Selesai je bagi salam selepas solat maghrib tyra termenung kejap atas tikar sejadah. duk pikir tentang sesuatu. masalah dunia je semata-mata tu. then tak sempat bukak telekung abah tyra timbul. KUS semangat! hahaha. then abah tyra hulur sebuah buku.

"nah,ambil baca. nanti dah nak jadi bini orang. kena baca."

memandangkan ladtop tengah on sebab baru cas hanya kerana TNB wat naya elektrik tak dak sampai ke petang,tyra pun terus nak snap picture guna webcam. punya excited tak sempat bukak telekung dah!

taraaaa!buku yang menarik - akhlak seorang muslim
muhammad al-ghazali

best topik nie
walaupun baru selak sikit-sikit rasa dah jatuh cinta dengan buku  nie :)

kandungan yang ada dalam buku nie :)

malu. kena tutup muka.
tak nak tayang muka kat orang :)
tyra pun ambil and ucap terima kasih. masyallah!tebal bukunya. tapi tak pe. ilmu punya pasal,kena la baca. singkap la dua,tiga helai. BEST! kandungan dia banyak hadis dan riwayat untuk orang yang nak tuntut ilmu agama macam tyra. hari tu ada dah cakap dekat encik tunang. kalau dia jumpa buku terjemahan Al-Quran dalam bahasa melayu tolong la belikan.tyra nak buku tu. NAK sangat! sebab dekat rumah dah ada sebuah. tapi dalam bahasa english. jadi ada la meaning2 yang tak beberapa nak paham sangat tu. kalau boleh nak memahami betul-betul kitab Al-Quran nie. Insyallah akan diusahakan untuk mendalami ilmu Al-Quran nie :)

buku nie buku lama. tapi abah tyra nak tyra belajar. memang ada buku yang baru-baru,cantik dan menawan. tapi buku lama nie kadang-kadang ajaran dia tak menyimpang sangat.hahaha.

apa yang abah pesan sebab dia nak yang terbaik untuk tyra. rupanya bila tyra susah hati,abah tyra nampak dekat muka tyra walaupun tyra tak cerita dekat abah. sebab tu tyra sayang abah banyak-banyak! mak tyra memang tegur. tapi lebih kepada bab ekonomi rumah tangga. abah tyra banyak bab agama. memang abah tyra cakap dia pun tak sempurna bab agama,sebab tu dia nak anak-anak dia belajar ilmu agama. sebab ilmu agama nie cukup meluas. tyra ingat pesanan abah. tyra janji tyra akan belajar bab agama. insyallah,amin!