wehooo. lama x update. sibuk sangat dengan persiapan nak sambut baby. dengan tok wan pun tak sihat. kena la melayan karenah orang tua ni. biasa la. orang tua ni lain sikit karenahnya bila dah mai tahap nyanyuk ni. so,kena la hadap. rumah mentua pun dah lama x balik. memang tak sempat. bangun pagi kena uruskan perihal adik-adik tersayang. dengan tok wan lagi. fuh! dah la eden ni berbadan dua. :(
pregnancy?
setakat ni ok. alhamdulillah,bila tengok application about tyra punya pregnancy tu tak sampai lagi 100 hari baby bakal keluar tengok dunia. dulu masa shopping tak nak beli baju lagi sebab nak scan jantina. tyra bincang la dengan incik suami sama ada nak tengok jantina or tak. tapi rasanya lebih elok kalau tahu awal. ye la. kalau keja gaji riban-riban xdak hal la nak tukar tilam baby. ni gaji cukup-cukup untuk keluarga kecik kami ja so,kami decide nak tahu jantina baby. senang nak buat persiapan. 3 hb disember hari tu tyra dengan semangat wajanya ke klinik untuk scan baby. tapi tak nak mengharap sangat sebab takut baby malu then baby sembunyikan jantina dia. awwww!
then bila dah baring,doctor siti sarah tu check kedudukan baby dan saiz apa semua dah ok baru tyra suarakan apa yang tyra rasa.
"err doc,kalau nak tengok jantina baby boleh tak?" - tyra
"eh,boleh..xdak hal la..kejap kita cari mana dia jantina dia ye..kadang-kadang baby malu susah nak nampak...tu dia..baby boy!sebab boleh nampak belalainya tu..kalau girl kita nampak rata je..." - doctor siti sarah
"hah!boy?" - tyra terdiam then muka nampak macam tengah fikir sesuatu.
"awat?tak suka ka hero?" - doctor tanya dengan muka serius.
"eh!tak la...cuma kena say bye-bye la dekat sepit,gaun omey-omey tu" - tyra balas dengan senyuman
terus doctor tu gelak. hahaha. actually, incik suami nak baby girl. sama la dengan tyra. tapi bila fikir balik baby boy pun okay jugak. sebab boleh jaga adik-adik dia bila dia besar nanti. hahaha. apa-apa pun tyra terima ja boy or girl. janji sihat. tapi ni baru jangkaan. nak tahu betul atau tidak kita tunggu next year bulan march ok!
now,incik suami dengan tyra dah tinggal sebumbung. heeeeee. auuuummmm! hahaha! hari-hari boleh jumpa. dulu jumpa 2 hari lepas tu kena balik dah. incik suami dah dapat tukar kerja kat Prai. kilang RKM bagi bahagian media. bahagian yang dia cukup minat. alhamdulillah. kami dah dekat,kerja pun benda yang incik suami suka,baby pun tak lama lagi nak keluar. lega sangat. dulu selalu tahan rindu. selalu gaduh-gaduh sebab jarak jauh. selalu makan hati sebab rasa macam mengandung punya masalah ni tyra pikul sorang-sorang ja. la tak lagi! dah ada orang kat sebelah duk melayan baby dalam perut. nanti cuti nak balik taiping pun senang. eiii! suka! dulu malas sikit nak balik sorang-sorang. takut satu. menyusahkan mak abah pulak. bahaya dengan perut boyot. la dah incik suami ada boleh la nak balik anytime. lepas selesai berubat tok wan,leh la kerap tyra balik melawat mentua. kecik hati sebab menantu yang merupakan anak hantu ni jarang jenguk depa. haishhh! keadaan yang memaksa. mujur la kawen orang taiping. kalau orang selangor,mau setahun sekali pa tyra balik sana. kih kih! eiii! tetiba teringat pisang keju depan kem askar tu. saja tak merungut dekat incik suami. nanti susahkan dia pulak. diam-diam sudah. hahaha *tapi luah dalam belog.
hope tyra dapat jalankan tugas sebagai isteri dengan sempurna. la tyra bangun awal pagi,kejut incik suami. masak breakfast. bekalkan incik suami dengan nasik dan lauk untuk lunch. jimat sikit sebab tak gaduh makan kat luar. mahal. balik keja siapkan makan malam. pukul 9 mlm dah boleh merengek-rengek manja dengan incik suami suruh urut sat. picit kepala sat. main geletek-geletek perut. layan karenah anak dalam perut. rasa life dah cukup sempurna. alhamdulillah :)
![]() |
| kasut dengan topi yang mak tyra kaitkan. yeay! suka! |
![]() |
| bilik tidur diubah suai untuk meja kerja incik suami. kecian pulak asyik duduk atas lantai bila nak menaip. ni selesa sikit ada meja kerja. |
![]() |
| tengah tunggu feri untuk ke rumah kakak ipar dekat sebelah pulau sana. sempat pulak incik suami manja teruk atas riba ni. baby kick nanti baru tau. hahaha |
esok : jumpa nurse dekat klinik desa. basuh lampin baby untuk dilipat dan disimpan dalam beg siap-siap. senang. pecah ketuban,capai beg tu saja. hahaha. doakan semuanya selamat. buat Puan Hana Syafiqah binti Hashim. selamat pengantin baru. tyra doakan semoga ampa berdua bahagia dunia akhirat. cepat-cepat la timbang anak okay! tapi ingat! tak semua alam perkahwinan tu manis. so bila ada pahitnya,cepat-cepat telan dan lupakan. kena banyak bersabar dan bertolak ansur. lelaki sebelum dan selepas kahwin sangat berbeza. sebelum kahwin kita kenal luaran dia. tapi selepas kahwin semua kita akan tahu. terbongkar segala rahsia. pokok pangkalnya kita kena bersabar. merajuk pun jangan lama-lama. heeee. aceceh. koya ja minah ni. padahal dia punya sensitip lagi teruk dari manusia yang suami dia kenai kat bumi ni. hahaha! sebab tu la i'm limited edition. tak pelik. cuma perangai berbeza dari gadis-gadis diluar sana. kan incik suami? *ngaku cepat! kalau tak tido luar! hahahaha
okayyyy! assalamualaikum wbt. take care. :)


