update sat :D

Assalamualaikum wbt.

punya lama tak mengupdate. kalut sungguh aih. duk berulang kolumpo dengan penang. mau tak kalut. hahaha

dear diary, (*muntah hijau)

cis. takdak masa aku nak berdiari2. kalut dengan kegiatan harian. dulu aku on9 ja FB memanjang yang aku mengadap. la ni FB pun aku deactive buang. siap mr husband tukaq password tak mau bagi aku on9 dah (T_T)

bukan apa. nanti bila aku duk biasa dengan dunia FB,takut anak terabai. so kena start praktikal dah. takdak teori2 bagai. cemuih? memang la. tapi biasa la. nak jadi ibu kena la berkorban kan? setakat ni aku buat persiapan apa eh?

tempat untuk anak aku tidoq ah. apa lagi yang aku nak kena siapkan? hahaha. memang baby lahir ja tengok dunia asyik tidoq kan? aku pilih corak DINOSAUR T-REX yang tengah hisap puting susu untuk anak aku. comel? opkos ahh. comel tapi rare. hahahaha

scan jantina aku tak buat lagi. baru 5 bulan. nak kalut apa kan? bak kata suami aku. asalkan sihat sudah. yang aku duk hingaq sebab nak pilih barang2 baby tak tau nak pilih colour apa. lastly semua aku rembat pinky-pinky. jangan duk tanya pasai apa warna pink. sebab mata aku nampak warna tu yang elok. nasib ah kalau kuar hero. kalau heroin tak pa la. kena la warna. hahaha

wahai anakku. jangan duk buas-buas sangat. mentang-mentang abah hang jauh kan................*sebenaqnya ibu yang touching lebih

mintak-mintak Allah SWT permudahkan urusan suami aku untuk berada dekat dengan aku. sebab dia pun dah banyak kali skip moments yang setiap bapa nak dalam hidup bila nak dapat cahaya mata. tapi takpa. anak no 2 pulak kan ada...........kih kih kih! tunggu la lagi 5 tahun ye.

mungkin ada hikmah Allah SWT nak bagi untuk suami aku dengan aku. ye la. feeling bila jumpa sebulan sekali tu lain ja. rasa macam kalau boleh aku nak heret ja suami aku pi mana yang aku nak. malam-malam pun bila aku terjaga aku cari dia. tak nampak pun xpa. asalkan aku dapat rasa tangan dia duk melingkar kat pinggang aku. (ada ka pinggang lagi?rasanya dah jadi perut semua part pinggang tu.....) hahahaha.


wahai mr suami. isteri dengan anakmu sentiasa ada dengan mu. sentiasa rindukan kamu. dan yang penting. sentiasa rindu kelakuan burukmu yang suka calit tahi hidung kat baju isterimu ini. *ada ubi ada batas,ada hari binimu balas.

yang benar dan tak beberapa ikhlas bab tahi hidung tu,
isterimu & anakmu(taip guna jari ibu dia)

:) love you mr senget (: