Hye Silent Readers...
Ehem-ehem. rasanya entry tu dah cukup jelas dan nyata apa topik yang sedang tyra nak bincangkan. Haha! baiklah. cukup. jangan melalut tyra. dah cukup kau melalut. nanti orang cop kau kuat berleter. OPS! encik tunang jangan cepat terasa okay! haha
sempena dengan cuti semester dan kepulangan adinda ku yg amat cerewet iaitu Ae,maka dengan ini telah tyra menggunakan kesempatan yang ada untuk mencari baju akad nikah. banyak dah tempat tyra pergi tapi satu pun x berkenan dihati. ntah apa yang mak cik kat kedai tu menderem kat tyra xtau la sampai tyra jatuh hati tengok baju dekat kedai dia tu. Haha! bukan cerewet cuma bila fikir : lambat lagi. bek jangan beli. Tu yang jadi punca malaih nak p membeli. kadang-kadang dah berkenan dihati. tengok harga : MAK AI! boleh beli kereta ferrari sebijik! teruih cancel nak beli. Hahaha! tyra nak wedding tyra simple and ikut sunnah. katakan tidak kepada membazir! lagipun kalau tyra beli mahal-mahal,simpan kononnya anak boleh pakai pulak memang takkan terjadi la perkara tersebut. biasa la,zaman makin canggih. nanti baju makin lawa-lawa dan pelik-pelik pulak. mana la anak-anak kita nak pakai baju ketinggalan zaman nie. eh! for your information. tyra nak pakai baju akad nikah mak tyra! tapiiiiiiiiiiii baju tu haluih sangat. ntah la. sama ada mak tyra tak cukup besar atau tyra yang terlebih makan. hurmmm. baju tu still ada dalam plastik. elok lagi. mak suruh try aritu. tengok2 memang tak muat! mak tyra memang kecik & comel ja orangnya. so,bubye baju nikah mak yang omey-omey tu. :'(
| Jambatan Pulau Pinang! |
| budak-budak dalam bas dekat tepi tu omey-omey semuanya! :) |
| bila lalu dekat tiang nie selalu nak kira tiang tu. tapi selalu tak berjaya. sebab abah drive laju sangat. so,snap picture. balik kira dekat rumah :D |
| Minyak wangi. Sapa nak? murah-murah :) |
| Hard rock T-Shirt. harga tak tau. sebab tak minat dengan baju t-shirt. suka baju kurung je Auuummm! |
| rajin depa kerja. sampai ke malam :) |
| Nanti dapat baby girl nak belikan baju nie satu dekat baby girl tyra. orang hari raya pakai baju kurung,anak tyra pakai cheongsam. Amoi maaaaa! *mohon encik tunang jangan marah-marah |
| Ini Bunga Tipu-Tipu sesuai untuk tyra yang selalu lupa siram pokok |
| aloh!anak sapa nie sesat! *KOMTAR dekat belakang tuhhhhh |
| mohon encik tunang belikan kain telekung yang cantik tu untuk saya |
| kami makan dekat nasik kandar tuuuu! nyum-nyum sedap!berbaloi beratur setengah jam :D |
Dalam 2,3 hari tyra ada shoot untuk pre-wedding & engagement punya picture. jadi sibuk tahap melampau! shoot kami dekat Bukit Bendera. Meh,sapa nak follow. hahaha! :D
k,bubyeee..take care ye semuaaaa..Assalamualaikum wbt!
with love from me ♡