#Part 1

Assalamualaikum wbt | Welcome Silent Readers

Petang 26 Mei hari tu tyra dah tukar status jadi isteri orang. Hahaha. Isteri Taufik la. Tak sangka. 6 jam kenal Taufik dah ajak bertunang. Lepas tu dah bernikah kami dua. Jumpa dalam tempoh bertunang pun hanya beberapa kali. Tak sampai 10x rasanya. Tapi Allah permudahkan urusan kami. Ye la. Bukan senang nak kekalkan cinta jarak jauh. Tambah dalam tempoh bertunang macam-macam dugaan kami nak kena hadap. 1 demi 1. Pernah tyra putus asa. Tapi bila mengenangkan yang hati tyra syg dan bila tahajud dah dapat petunjuk yang dia jodoh tyra jadi tyra bertawakal saja. Terima apa yang bakal terjadi dengan hati terbuka. Bukan senang kita nak jaga hati ramai orang. Tambah hati mak abah kita pun kadang-kadang tak terjaga. Inikan pula hati orang. Masa petang tu ramai ahli family tyra yang datang. Alhamdulillah. Tyra bersyukur sangat-sangat. Bila memandang sekeliling ada muka-muka orang yang tyra sayang dunia dan -akhirat. Pak Lang yang tak sihat pun turut datang. Memang terharu sangat-sangat. Pak Ngah yang dalam tempoh berubat pun datang. Walaupun tak lama tapi tyra rasa bersyukur sangat mereka ada ketika detik bersejarah tyra. Pak Lang Hasan yang stay Ipoh pun datang walaupun cuma 1 hari saja. Penat mereka balik kerja pun tak hilang. Maklumlah. Tugas seorang polis tak pernah selesai. Tok Siti pun datang tolong masak dengan family tyra yang lain. Sepupu yang jauh kerja kat Cameron Highlands pun datang. Semua orang datang dan merestui pernikahan tyra. Itu pun dah kira Alhamdulillah. Adatlah. Bila kenduri ada saja masalah. Tapi biasa la. Rumah tangga pun kadang-kadang bergoyang. Lidah pun kadang-kadang tergigit. Inikan pula bila ramai-ramai macam tu. Lagi la macam-macam karenah kan? Tapi itu yang kadang-kadang akan mengindahkan suasana majlis. Dengan ragam adik beradik. Bagi pihak Tyra dan Family, Terima Kasih! Terima Kasih bagi mereka yang banyak bantu. Masak makanan yang banyak,turut datang dari jauh. Yang bagi bantuan dan tolong macam-macam. Mak Ngah Na. Bilik pengantin tyra takkan ada seri kalau Mak Ngah tak tolong. Tyra rasa beruntung sangat ada tukang design yang memang OHSEM! hahaha. Kalau upah orang beribu tu. Tapi dengan ada Mak Saudara yang kreatif memang cun r. Ikut sunnah nabi. Tak perlu membazir bila sentuh bab belanja untuk kenduri. Buat setakat mana yang mampu. Mak Abah. Sayang sangat! terima kasih sebab restui kami dan buat hari bahagia kami berjalan dengan sempurna dan cukup lancar. 1 perkara yang tak disangka. Mulanya tyra takut kalau dokumen tak lengkap ke apa. Tapi tyra dapat lihat sendiri. Semua berjalan dengan lancar. Tiada masalah. Yang make up kan tyra pun best. Cantik dia make upkan. Sampai malu tyra nak kuar dari bilik bila orang tengok dan puji. hahaha! *KEMBANG BONTOT* sebenarnya tukang make up tu pandai make up. Tu yang nampak lawa. Kalau tak make up kelaut jawabnya. Alhamdulillah! :)

Sarung Cincin

Baru sampai di Masjid Abdullah Fahim

lepas selesai acara pembatalan air sembahyang

hantaran dari pihak tyra

theme purple pink & light blue

thank yayang wani. for this one.
*i love it! :*
to be continue....