Ijatsyafiq WHO?

Assalamualaikum WBT & Welcome Silent Readers!

Tengok tajuk atas.
pasti dah tahu isu apa aku nak kupas.
malam tu. 
aku usyar twitter.
tetiba nama mamat tu trending.
and aku macam nie
?????
Apahal budak ni trending?
so aku click kat tag dia
#ijatsyafiq
terus naik satu persatu.
pekung aib budak ni dibuka.
tanpa sikit pun manusia menghiraukan.
apa perasaan mak bapak dia?
luka hati depa.
tipu la
mak bapak mana suka
bila anak diherdik
dihina
tambah-tambah bagi mak
9 bulan 10 hari kandung dalam perut.
hancur hati dia kalau dia baca
komen negatif orang
'kecik-kecik taknak mampu* buang. besar menyusahkan'
bukan kehendak seorang mak untuk dapat anak macam tu.
bukan doa seorang mak untuk anak bertindak sebegitu.
kasihani hati seorang ibu.
bayangkan kita ditempatnya.
anak kita salah.
ya.
biar pihak berkuasa buat kerja.
bukan kita yang menghukum sesuka hati kita.
dia budak.
usia setahun jagung.
muda.
tapi silap sikit sahaja.
lagak dia.
konon nak tunjuk gangster.
tapi
fikirkan
 contoh itu dia kutip dari mana?
ada cakap movie.
come on la.
bukan produser Malaysia ja yang keluarkan movie 18sx.
bila tayang movie jiwang memanjang.
ada yang kritik.
tapi aku support movie luar.
flexsibel.
ada movie yang ganas.
tapi kadang-kadang ada movie yang bagi pengajaran.
dan movie depa bukan dongengan macam kita punya.
movie depa tentang real life.
jadi aku nak salahkan produser malaysia?
celah mana yang silap depa?
movie tu atas permintaan penonton sendiri.
bagi aku juvana punya movie.
ada hikmah & pengajaran yang mahu ditunjukkan.
jangan pilih jalan salah.
kelak makan diri.
tapi mentaliti budak-budak yang lambat pick up.
nak meniru.
semua benda nak meniru.
budaya yang ntah apa-apa.
aku ada tengok movie.
kepong gangster.
tak pulak aku dengar anak cina buat hal sampai masuk paper.
buli member depa.
merusuh.
bukan aku respect depa baik.
tapi aku rasa 
depa pun ada jugak buat hal.
lagi teruk pun ada.
tapi bak kata pepatah.
pandai makan pandai simpan.
jadi aku terfikir lagi.
apa masalahnya.
tak lama tu.
kecoh awek dia.
yang terkejut usia awek 18 tahun!
dia usia 15 tahun.
awat awek yang tua dari dia tak mampu nak bimbing budak tu.
ajarkan budak tu erti cinta yang betul.
cinta yang diredhai ALLAH.
bukan rosakkan otak budak tu.
aku nampak.
ramai yang bash budak tu pasal rupa.
hello.rupa dia ciptaan ALLAH.
kita hina dia 
umpama 
kita hina ciptaan ALLAH!
NAUZUBILLAH!
kalau kamu semua bash dia
sebab perangai dia tak reti didik pakwe dia.
komfom!
aku lagi respect kamu semua.
bijak menegur salah orang.
tapi diri sendiri tak pula nampak.
manusia.
bukan ijatsyafiq ja yang buat kes.
ramai remaja malaysia sekarang advance
hilang dara lu kolot.
tak merempet lu kolot.
tak hang out sampai pukul 3,4 pagi lu kolot.
lu tutup aurat lu kolot.
lu itu kolot.lu ini kolot.
apahal lu!?
lu ingat lu hebat.
lu kena fikir.
lu hebat dunia.
akhirat?
lu kena rembat.
malaikat catit
apa lu buat.
apa lu cakap.
siapa lu mengumpat.
moral aku.
cuba kamu fikir.
sekarang tahun 2013
budak kita dah sakan.
cuba bayang.
apa yang jadi kat anak kita?
cucu cicit kita.
aku dah nampak
perjalanan menuju kiamat kiat dekat.
sebab itu pasangan bercinta sekarang abaikan hukum agama.
bercinta seolah-olah tiada malaikat yang ada.
ALLAH tak nampak la maksiat kamu buat?
nak tunggu bila?
tunggu mengandung luar nikah baru tau nak taubat?
jangan. 
makan diri.
itu nasihat aku.
beringat sebelum terkena.
ataupun
mak bapak sekarang tak reti didik anak-anak?
EH!
ada ka mak bapak macam tu?
mungkin terlampau bebas sangat kot.
jadi anak-anak rasa dia dah dewasa.
mak bapak tiada hak nak masuk campur.
GILA!
syurga kita bawah mak bapak ok.
jangan ingat kita dah besar.
kita bebas buat keputusan.
bila kita buat salah.
mak bapak yang malu.
mak bapak nak sembunyi muka dimana?
nak berdepan dengan orang ramai macam mana?
padahal
mak bapak hantar pergi sekolah.
belajar agama.
ajar solat dari kita usia 5 tahun.
mungkin salah sistem pendidikan.
tapi.
sekolah tu ada beribu budak.
bukan robot.
budak.
macam mana cikgu nak didik 40 kepala dalam satu masa?
aku pernah jadi cikgu.
depan mata kepala aku
budak berlawan terajang satu sama lain
baru umur 11 tahun.
aku tanya dia.
apa masalah dia.
budak lain mengejek dia.
aku marah 1 kelas.
1 kelas aku denda.
aku ejek semua.
aku panggil sorang-sorang guna nama ayah depa.
aku tanya.
suka tak teacher panggil macam tu?
serentak mereka jawab
'TAK!!!'
aku tersenyum.
aku tanya 
paham tak apa perasaan orang bila kita mainkan nama mak bapak dia?
mereka tunduk
ada yang menangis.
terus budak yang menganjing budak lain tadi turun dari kerusi.
menuju kearah budak yang dia ejek tadi.
dia hulur tangan.
'maafkan aku wei,aku janji tak buat lagi'
aku lega.
aku ingatkan mereka.
ALLAH sentiasa lihat kita.
jadi jaga.
aku yakin.
mak bapak tak ajar anak ejek nama orang.
semua ini datang sebab salah mereka kita tak menegur.
cuba kalau ada pasangan muda yang bercinta.
berjalan-jalan sambil peluk pinggang.
ada berani tak kita pergi dan bagi takzirah agama.
apa halal apa haram?
aku beat!
mesti takdak
sebab kita semua penting diri.
kita semua fikir nak lebih dari orang.
aku selalu pesan kepada couple yang aku kenal.
kahwin la cepat.
bukan aku nak menunjuk.
tapi itu cara aku menegur.
aku rasa mereka pasti tahu.
halal haram
belajar tinggi-tinggi.
sekolah dulu agama dapat A
mak bapak nampak macam menitik berat agama.
aku yakin mak bapak menegur silap anak-anak.
aku yakin.
sama macam aku.
keluar malam 
diharamkan.
biarlah orang nak cakap aku kolot
sebab aku tahu mak abah aku sayang aku.
depa tak nak aku terlibat dengan benda tak elok.
sebab itu aku bersyukur.
melihat budak-budak yang ntah apa-apa.
aku rasa selamat.
aku rasa ada sebab mak abah aku larang aku keluar malam untuk melepak.
keluar hanya untuk hal-hal tertentu.
itu pun berteman.
tak mak,abah yang temankan.
kalau semua sibuk
adik aku yang temankan.
zaman aku dulu kalau
sentuh lelaki
jijik
macam sentuh bab*
rasa nak kena samak.
zaman sekarang.
bangga.
aku rasa nak muntah hijau tengok budak hingusan cerita pasal kisah cinta depa.
aku yang tua nak kahwin pun tak rasa nak manja teruk.
nak mengada-ngada.
pujuk itu
pujuk ini
sampai dah bertunang.
keluar berdua pun baru dua kali.
itu pun sebab orang nak temankan tak dak.
tak dak nak manja-manja.
sembang.
kemudian beli barang.
balik.
hahaha.
pendapat aku.
ijatsyafiq.
aku doakan yang terbaik.
aku tahu perit hidup nanti.
tapi jangan putus asa.
peluang kedua masih ada.
ambik peluang yang ada.
buktikan
kamu tu masih boleh jadi manusia berguna.
ALLAH sentiasa ada dengan kamu.
dan aku yakin.
kita pernah muda dan berdarah panas.
dan mungkin semua orang pernah buat salah.
dan tak semua yang buat salah itu 
menderita selama-lamanya.
bertaubatlah.
mintak maaf kat mak ayah kau.
melututlah depan depa.
mintak ampun
supaya ALLAH redhakan hidup kau.
sebab redha ibu redha ALLAH.
buat manusia diluar pula.
kamu semua tak kena lagi.
tak hadap benda nie
itu yang bijak cakap.
diam ja la.
diam lagi bagus.
dari mengata orang free-free dapat dosa kering.
cuba la balik rumah
hadap siling rumah
fikir kau punya dosa
lagi bagus la.
benci aku?
fine.
aku hanya bagi pendapat.
nak terima ikut suka kamu la. 
k,assalamualaikum WBT

Aku tak sempurna. Tapi sebagai hamba ALLAH yang hina. Aku rasa aku patut bagi peringatan.
Renungkanlah. Masa depan anak. cucu. cicit kita. Kalau kita masih diam. menghalalkan benda yang haram. :)