Assalamualaikum WBT | Welcome Silent Readers
Dengan bangganya aku nak bagi tahu
aku dah boleh mengundi.
dan mak aku la paling sibuk tanya aku.
apa yang aku nak pangkah nanti?
okay.
jujur.
keluarga aku tak pernah tahu aku sokong siapa.
BN aku kutuk
Pas aku kutuk
DAP aku kutuk
PKR aku kutuk
lagi sakan aku kutuk PKR la.
dengar ja PKR dalam hati aku WTF!!!!
Tapi masalahnya
manusia sekarang dah terlampau maju.
sampai buta mata
buta hati.
buta segala-galanya.
Adakah ALLAH pernah berfirman?
Wakil rakyat dikalangan orang-orang Barisan Nasional adalah orang yang sempurna.Tiada dosa?
Tak dak pun kan?
sebab tu jangan duk sangka pemimpin umpama tuhan.
semua ada kekurangan masing-masing.
bezanya
kita kena tengok yang mana penting untuk kita
generasi masa depan.
hukum hudud?
aku pun sukaaaa!
aku terus terang la
aku sokong kalau Malaysia menjadi negara ISLAM.
TAPI!
tengok la pemimpin Pas tu.
beriya-iya nak cakap hukum hudud bagai-bagai
tapi habuk pun tarak
cuba try kat Kelantan
try ja la
buat sikit-sikit.
Kan Nik Aziz MB sana.
pedulikan la kerajaan persekutuan tu
terap kan sikit nilai-nilai hudud.
dari aku kecik
aku dengar
"wanita kelantan adalah orang yang kuat cari duit. depa meniaga.tu pasar siti khadijah depa pegang"
mana pergi kaum lelaki kelantan?
eh?cer tengok balik kitab Al-Quran
memang tugas perempuan erk cari rezeki?
tak tahu la pulak
yang aku tahu
melayan suami & susukan anak. itupun susukan anak boleh mintak upah kot!
jadi.
kenapa kelantan tak maju?
WHY!!!!???
Sikit-sikit salahkan UMNO,BN.
aku heran gak.
apahal pulak
itu kelantan Pas pegang.
Islam ada ke suruh umat dia mundur ke belakang?
tolong la.
tengok la guna mata.
fikir guna akal.
kita punya negara bukan ISLAM MAJORITI
masih ada yang kafir.
cina,india,orang asli
apa respon mereka if tetiba nak tukar jadi negara ISLAM?
yang paling best la
remaja berzina : salah UMNO/BN
remaja minum arak : salah UMNO/BN
remaja lahir anak luar nikah : salah UMNO/BN
video seks tersebar : salah UMNO/BN
barang naik : salah UMNO/BN
isu tanah : salah UMNO/BN
air tak dak : salah UMNO/BN
sistem sekolah teruk : salah UMNO/BN
pendek kata
SEMUA SALAH UMNO!
tapiiiii
kira nak citer Pas tu tak masalah la?
sebab pemimpin pas ni cakap kencang.
hukum agama dalam poket depa.
buat ceramah kerja kutuk mengumpat orang sana sini
PKR telah lagi.
DAP jugak baguih.
diam jaaaa
pastu sibuk nak gunakan KALIMAH ALLAH dalam Bibble.
Hadoi.
apa nie.
Nama ALLAH dah tercemar.
-hanya kerana kepentingan politik semata-mata.
TV pulak
Memang la TV3 tunjuk pasai BN/UMNO je memanjang
bukan maksud depa nak kempen
sebab puak tu ja buat kerja
puak tu berbakti kat rakyat.
takkan la orang yang masuk dalam TV tu pelakon upahan untuk berita TV3?
Baik tukar ja dari Buletin TV3 ke Drama TV3
Apa yang pas bagi kat kita?
Apa yang PKR bagi kat kita?
Apa yang DAP janji kat kita?
yang aku tau
PAS PERGUNA AGAMA ISLAM UNTUK KEPENTINGAN POLITIK
PKR HANYA SEBAB ANWAR NAK BALAS DENDAM
DAP NAK AMBIK MALAYSIA SEBAB SINGAPURA DAH MAKIN KECIK
Nie nak habaq fakta la.
aku yang duk penang
sejak 5 tahun puak-puak PKR,PAS&DAP pegang
apa yang aku dapat?
RM250 (BR1M) - Terima kasih Dato' Najib! duit tu aku guna untuk kahwin aku. Alhamdulillah!
Kontrak kerja sebagai cikgu sandaran - Yang aku tahu masa aku temuduga pak cik tu memang sokong BN
bantuan rumah untuk nendaku tercinta. rumah baru ok. bukan baiki2.
Notebook 1 Malaysia - Dato' Lan kasik. Terima kasih YB!
itu ja la.
yang pegang Penang tu
apa pun tak bagi dekat aku.
sedih.
koman-koman hulur la RM1000 ka bantuan untuk kahwin.
:)
sejarah -
sejak kampung aku dibuka tok wan aku saja orang UMNO. sekeliling rumah dia dipacak bendera UMNO.
kenduri orang Pas tok wan aku pergi.
walaupun depa layan tak layan
nak beli ikan kat kedai orang Pas.
orang Pas tu tak kasi.
Dia suruh pergi beli ikan kat tempat lain.
nampak tok wan aku terus paling muka kat tempat lain.
abah aku.
berjuang dalam UMNO
last dapat jadi Ketua Cawangan
dan terus aktif dalam UMNO.
Sehingga la ada orang yang jatuhkan dia.
kononnya abah aku tak buat kerja.
abah aku letak jawatan.
yang jatuhkan abah aku tu orang UMNO sendiri.
tapi
abah aku cakap
jangan undi ikut perasaan.
ikut apa yang telah depa bagi kat kita.
la ni tergedik-gedik WANITA UMNO datang
merayu supaya abah aku ambik balik jawatan Ketua Cawangan
sebabnya.
sejak puak yang jatuhkan abah aku pegang
bantuan apa depa tak dapat
dulu abah aku pegang Ketua Cawangan
dapat macam-macam
duit,hamper,bantuan rumah
la nie :
hampeh
hahaha! aku berguling-guling gelak.
padan la.
depa yang cakap macam-macam pasal abah aku.
masa tu aku umur 18
terus aku mula nak pangkah Pas bila cukup umur nanti
tapi bila aku usia 20 tahun
dalam majlis UMNO
orang tanya.
"hang anak sapa"
aku jawab anak Khosim!
"Oo!khosim yang pernah jadi ketua cawangan dulu tu"
aku angguk
dan kemudian beliau berkata
" abah hang memang buat kerja betul. pak cik respek dia. tak pernah dia ambik kesempatan untuk ambik projek-projek. dia buat kerja ikhlas dari hati. orang pas pun dia kawan. dan ada yang orang pas hormatkan dia. abah hang cukup baguih."
aku tersentak
begitu rupanya pandangan orang atas UMNO kepada abah aku.
patut la pergi mana-mana orang kenai
YB Hilmi,Yb Azhar,Yb Yahaya
bila jumpa abah aku peluk erat
sembang bukan main rancak
rupanya sebab
nama abah aku yang mempunyai rekod elok dibahagian Majlis Umno Kepala Batas
dan
aku tekad
aku akan terus memperjuang legasi UMNO
walaupun aku tak masuk puteri
sebab aku tak suka
tapi aku
aku adalah WARISAN UMNO. dan aku bangga :)