Islamkah aku?

Assalamualaikum wbt! *Nukilan sahaja okay!

Islamkah aku

Jika ada mereka yang berbicara mengenai agama,pasti aku pantas mencelah. Ya! Aku Islam.
Jika ada isu-isu memutar belit soal agama. Ya! Aku Islam.
Jika ada yang mencaci maki idola kita Nabi Muhammad,dengan pantas kita marah dan akui : Ya! Aku Islam.

Tapi,

Islamkah kita jika masih mempraktikkan budaya barat?
Islamkah kita jika menghalalkan perkara yang haram dalam Al-Quran?
Islamkan kita jika solat kita tak cukup 5 waktu?
Islamkah kita jika aurat kita tayang sewenang-wenangnya pada yang bukan muhrim?
Islamkah kita jika membelakangi ibubapa dan mengutamakan orang lain?
Islamkah kita jika Al-Quran kita tinggalkan dan jarang-jarang sekali kita membacanya?

Masih Islamkah aku,bila aku persendakan larangan Allah SWT?

Sedih. Ya aku sedih. Bila aku terkenang kembali dosa-dosa ku dahulu. Dosa ku terhadap semua perkara di dunia yang sementara! Malunya aku bila terjaga dari mimpi dan tersedar nyawaku,jasadku dan segala-galanya yang aku ada didunia hanya pinjaman! Bukan hak milik kekal. Satu hari nanti Allah SWT akan ambil semula dari aku.

Malunya aku.

Bagaimana aku harus menghadap Allah SWT nanti?
Apa yang harus aku jawab padaNya nanti?
Cukupkah air mata taubatku ini?
Aku takut.
Aku takut.
Aku takut.
Aku takut dengan nerakaMu.
Aku takut dengan azabMu.
Aku takut dengan dosaku.

Dan aku sedar. Aku sedar yang Allah SWT sentiasa mengampunkan hambaNya. Dan kali ini. Aku tak mahu buat silap lagi. Aku harus kembali kepadaNya. Setia padaNya. Sujud padaNya. Mencari kasihNya. Kerana aku tidak mahu terpinggir dihari pembalasan kelak. Aku tidak mahu Nabi Muhammad tidak mengaku aku umatnnya. Kerana aku lalai. Kerana aku alpa. Kerana aku leka dengan bisikan syaitan laknatullah. Aku tidak mahu jahil lagi. Tidak mahu sesat dan salah arah lagi. Ya Allah,terimalah taubatku. Ampunkan dosaku. Berikan aku peluang. Untuk kembali kepadaMu dengan penuh amalan dalam diriku.