Assalamualaikum WBT | Welcome Silent Readers
Kadang-kadang bila cakap soal hidup mesti orang akan cakap : Apa yang dia ada,aku pun mesti ada! Tapi pernah tak kita fikir. Mungkin apa yang Allah SWT aturkan untuk kita dah cukup elok? Sempurna? Yang memang 'kena' dengan diri kita. Contoh : Pasangan. Kalau soal pasangan kita mesti nak pasangan yang terbaik. Tipu la nak pasangan yang tak memahami. Yang suka marah-marah. Yang sentiasa mencari kesalahan kita. Tak siapa nak. Tak siapa yang sudi nak ambil orang macam tu jadi pasangan hidup. Tapi kita kena sedar. Allah menjadikan kita berpasangan sebab kita akan saling melengkapi satu sama lain. Si dia pendiam,kita bising. Si dia tak suka pedas,kita suka pedas. Supaya hidup kita tak bosan. Hidup kita ada adventure la sikit kalau pasangan kita jenis yang tak dapat kita duga kan?
Biasa la manusia tu sentiasa tak puas hati. Kalau boleh dia nak cemburukan orang 24/7 kot! Ishk... tak perlu la sampai macam tu. kadang-kadang apa yang dia ada kita tak mampu nak capai pun. tapi kalau kita berfikiran positif kita akan dapat lebih dari yang pesaing kita ada. yang penting POSITIF!
Dalam hidup sentiasa ada dugaan. Masa kita belajar. Masa kita tengah bekerja. Nak bina life kita pun sentiasa ada dugaan. Tapi yang penting sejauh mana kita mampu bersabar. Bagi tyra masa belajar dulu bukan main jauh dari family. setiap minggu nak balik jumpa family. rindu. masakan mak tu tak sama dengan masakan yang ada dekat Unisel tu. Hahaha! Nak merasa air teh bancuhan mak. Nak makan laksa yang mak tyra masakan. Tapi tyra stay cool je. Hahaha! buat tau x tau ja. nanti sampai masa dapat la apa yang tyra nak tu. Petang Jumaat ja terus cergas! Butterworth! here i comeeeeeeeeee!
Tapi pernah tak kita fikir. Itu sebab kita nak hargai mak abah kita. Bila dekat kita melawan cakap depa memanjang. Bila jauh. kita rindu. kita rasa macam ada yang tak lengkap. kita nak mereka ada depan kita. boleh kita bermanja dengan depa (walaupun tyra bukan anak manja) hahahaha
Tyra pernah bayangkan. Sambil pejam mata. Tyra bayangkan kalau la mak abah tyra dah tiada. Apa yang tyra rasa. Okay! Tak payah share la kot. Sah-sah la sedih. menangis 7 hari berturut-turut kot! Mau tak cakap dengan orang nanti. Sedih terlampau. Tapi itu la hakikatnya.
Hidup ni indah. Cuba tengok sekeliling. Kita akan rasa benda tu. Buat apa nak tekanan memanjang? Senyum. Teruskan hidup. Mungkin rezeki bukan milik kita lagi. Tapi satu hari nanti,pasti akan jadi milik kita. Insya-Allah! Yakinlah dengan apa yang telah ALLAH SWT janjikan. Jangan mudah putus asa. Percaya dalam diri kita masih ada semangat yang takkan mengaku kalah untuk teruskan kehidupan kita. Yang penting Keluarga & Allah SWT sentiasa bersama kita. Ajaran Nabi Muhammad SAW jadikan pegangan. Kusut je baca Al-Quran. Insya-Allah. Ada jalannya. :)