Sayang Belog Nie!

Assalamualaikum wbt | Welcome Silent Readers


Adui,dah masuk 2013. Tu tandanya lagi 5 bulan kena siapkan semuanya. Semua orang nak perkahwinan masing-masing lancar. Macam tu jugak la dengan tyra. Setiap hari duk pikiaq. Apa lagi yang tyra perlu buat. Mulanya cadang nak buat HIV test bulan Januari. Tapi rasanya buat bulan Febuari pun masih sempat. lagipun kak nor (akak encik tunang) pun nasihatkan benda yang sama. tak pa,kita kayuh perlahan-lahan. nanti sampai hari dia kita lompat ramai-ramai! hahaha! 

Bulan Febuari ada sepupu tyra lagi seorang pun nak kahwin. Mujuq la emak tercinta set tarikh bulan Jun. Sempat la rehat sat. Bernafas kejap. Yang lagi seorang pulak bulan April. Hamboih. semua pakat kawen laju-laju aih. dah macam lumba lari pun ada. tapi takpa,itu namanya jodoh. 

Bulan Mac ada orang tu pulak nak tunang. lagi bertambah sakan. kita pakat pening ramai-ramai. tapi takpa,depa punya seru dah sampai. tyra pun lagi suka. dapat makan nasik minyak orang ramai-ramai. dah tu orang pakat kawen,tyra still boleh buat benda yang orang bujang buatkan. Iaitu tidur sampai tengah hari. Dah kawen kena bangun awai. Lepas subuh pun tak boleh tidur balik. Kena siap sarapan. Nanti kalau suami sarapan kat kedai,dia jatuh hati dengan orang yang duk juai sarapan tu pulak. Mana boleh dibiarkan! 

Tak pun sarapan dengan suami sama-sama dekat kedai makan. Tu pun kira okay jugakkan? Haha! *buruk perangai. dah. cukup tyra merapu pagi-pagi buta. ntah penyakit apa melanda belog nie pun tak tau la. Nak upload picture tak boleh. Sadis! menci ahh! tak nak kawan dengan belog nie. nak p cari belog baru. belog nie dah rupa comey suka buat perangai pulak. tak suka ahh!

| harap maafkan saya sebab saya merapu tidak ketahuan punca sedangkan yang nak pergi sekolah adalah adik saya tetapi ntah mengapa saya yang excited lebih |

Bye! Thanks sebab sudi singgah belog tak dengar cakap nie. Degil. Saja ja tak nak bagi orang upload gambaq. Huh! menci ahh! Assalamualaikum ye semua! nanti bila belog nie jadi budak baik tyra update ye. :)