Hakikat Dunia

Assalamualaikum wbt
Welcome Silent Readers!

Dunia

Kalau ada yang bertanyakan kepada kita apa itu DUNIA? Pasti kita menjawab dengan mudah mengenai perkara-perkara yang ada disekeliling kita... Sekarang dunia tak lagi seperti dahulu... Kanak-kanak dulu bebas nak bermain dimana pun...Sekarang,kalau terlepas dari pandangan ibubapa hanya untuk sesaat pasti ada musibah yang nak menimpa... Manusia sekarang sudah kekurangan moral... Saban hari kita melihat pelbagai perkara yang negatif berlaku... Salah siapa? Kadang-kadang ada pihak salahkan politik... Ishk! Kalau rujuk balik bab politik,kanak-kanak yang baru lahir tu lepas tu kena buang dalam tong sampah dah ada bagi tau dekat mak dia ka yang dia berlainan parti politik dengan mak dia? Tu yang sampai kena buang dalam tong sampah tu? Bila ada isu sesuatu naik atau timbul,politik mesti ada kaitan tak pun kena mengena... Sedih betul!Cuba fikir,salah siapa? (sebenarnya kita hanya tahu menyalahkan semua orang saja) -.- 

Manusia

Yang ini satu lagi subjek yang dikaji masih tak boleh-boleh nak faham... Kadang-kadang kita dah tahu perangai manusia ada yang senonoh,ada yang tak boleh diterima pakai,ada yang pelik tapi benar dan macam-macam hal la lagi...Sama ja macam manusia normal,setiap orang ada kekurangan dan kelemahan dia tersendiri...Dan yang membuatkan tyra tak paham,bila masih ada manusia yang nak marah-marah orang lepas tu dengan slumber badak menyalahkan orang lain atas kesalahan dia tu...

Tak semua yang kita nak akan kita dapat...Masa kecik-kecik bila ditanya tentang cita-cita mesti ada yang jawab Doktor,Guru dan macam-macam jenis la lagi pekerjaan yang HEBAT-HEBAT...bila dah dewasa,masing-masing kerja setakat mana yang mampu sahaja... Unik kan? Macam tu jugak dengan perkahwinan... Masa awal-awal bercinta nak yang solehah...bila dah dapat,buat pulak main-main...seolah-olah dia boleh pilih pasangan yang solehah tu dekat hypermarket atau tepi jalan...

MORAL : Sabtu ( 22 September 2012) terjumpa pasangan bergaduh ditepi jalan dekat Sunway Carnival... Sedih tengok lelaki tu tinggalkan perempuan tu seolah-olah tak dak apa yang terjadi...

P/S : Jangan bercinta dengan lelaki macam tu... Buang masa anda! Mereka takkan pernah belajar memahami atau menghargai wanita yang hadir dalam hidup mereka...