WELCOME SILENT READERS!
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah...masih boleh menaip coleteh-coleteh khas untuk semua orang yang suka singgah sebentar dekat blog saya yang comot nih...huarghhh! letih-letih...sebab minggu lepas baru ja selesai kenduri doa selamat dan kesyukuran untuk semua orang...sekarang masa untuk teruskan kehidupan...masa untuk menghitung hari-hari bahagia saya pulak...hehehe! insyallah,tak lama lagi bakal bertukar status dari seorang 'cik' kepada 'puan' hahahaha! suka tu suka jugakkk! tapi ingat tanggungjawab yang nak dipikul bukan sesuatu yang mudah dan boleh dipandang sebelah mata ja...suasana menjadi isteri dengan masa bujang sangat-sangat berbeza...walaupun masa bercinta kita rasa dunia nie hak milik kita,tapi lepas kahwin dua kita kena berkongsi dari saya punya kepada kita berdua punya....hahaha! :)
Now,need more focus on this story... Thalassemia a.k.a Talasemia dalam bahasa melayunya...Sebelum bincang tentang perkahwinan kami(mr chenta hati) ada menyuarakan sesuatu yang tyra perlu tahu...Ingatkan apa yang tak berapa penting sangat yang perlu diketahui tu...rupanya mr chenta hati pernah mengidap penyakit thalassemia...thalassemia nie merupakan penyakit kecacatan darah yang sering berlaku dekat mediterrian dan india...Oh,my! mula-mula secara jujur tyra tak berapa nak tahu menahu tentang penyakit kecacatan darah nie sangat...tapi bila try mendalami mengenainya melalui doctor google + yahoo = get the answer... Risiko penyakit nie bagi bayi baru dilahirkan amat teruk! pucat,kurang darah,selalu sakit-sakit dan dalam erti kata lain boleh membawa kematian... memang tyra terdiam! sebab risiko untuk anak dapat penyakit nie dalam 25% ja la...sebab tyra bukan pembawa...then i keep thinking...apa yang patut saya buat!? takkan lepaskan ja macam tu orang yang tyra sayang...dan tyra tak boleh pentingkan diri sendiri...tyra tak boleh lawan takdir Allah Swt! tyra kena kuat...kalau perlu tyra akan cari cara-cara untuk elakkan dari anak mendapat penyakit ini...memang tyra paling tak suka makan ubat,vitamin,susu segala susu...tapi untuk nyawa anugerah tyra,tyra kena jugak berusaha... mengalir jugak air mata bila mengenang risiko yang bakal tyra dapat...tapi tyra tengok mr chenta hati kuat! dan itu membuatkan kami akan terus kuat...dan itu bukan satu sebab tyra akan tinggalkan dia macam tu...selagi ada kudrat tyra akan usaha! berusaha menemani mr chenta hati dalam susah atau senang...dan sekiranya dia sedih,tyra akan ada! tyra akan senyum dekat dia...tyra akan cuba menjadi ibu yang terbaik untuk zuriat dia! tyra tahu yang Allah Swt sentiasa ada dan mendengar doa-doa hambanya...tyra akan berdoa yang terbaik untuk kami dua...harapan tyra takkan patah walaupun sekali! Penyakit adalah dugaan untuk manusia...Dugaan untuk Allah Swt melihat sejauh mana kita ingat kepadanya....dan perkara yang sama berlaku kepada mr chenta hati....Dalam pada masa tyra mencari cara-cara mengelakkannya,mak tyra ada share yang anak kepada kawannya semasa hamil adalah pembawa thalassemia dan Alhamdulillah,bayi yang dilahirkan oleh dia tidak menghidap thalassemia malah sihat/normal!rupanya thalessemia ini memang wujud dalam masyarakat kita cuma kita tak sedarinya...Jadi sebelum kahwin pastikan kita lakukan saringan HIV/AIDS dan thalassemia supaya kita kenal pasti dengan awal risiko untuk mencegah dari menjadi pembawa! dan kita boleh lakukannya mulai dari sekarang! Jangan tertipu dengan thalassemia sebab thalassemia ini memang kita takkan boleh tahu sama ada kita pembawa atau tak! memang kebanyakkan orang tak sedar atau tak tahu langsung yang mereka adalah pembawa! Insyallah,kita perlu sentiasa yakin yang semuanya baik-baik sahaja okay!
| normal baby |
Harapan tyra untuk semua,jangan give up sayang! Jangan berputus asa! Untuk Mr chenta hati :
"Tyra tahu kadang-kadang tyra ada buat benda menyakitkan hati,tetapi tyra perlukan kamu sangat-sangat!dan tyra nak kamu tahu yang tyra takkan pernah berputus asa untuk hidup dengan kamu! Setiap perkara yang berlaku kita hadapi bersama-sama...Restu semua orang kita dah berjaya dapat,sekarang keredhaan Allah Swt yang perlu kita dapat supaya harapan kita tak menjadi layu,sebab tyra ingin bahagia dengan kamu dan sentiasa ada dengan kamu...Hey!semua orang ada kekurangan ok! dan kalau kamu tak sihat,tyra nak jadi doktor (tak bergaji tapi kena bagi upah kiss!hehe) untuk kamu...sebab tyra nak kamu jadi driver,orang gaji,pilot,doktor,tukang masak,penceramah bebas,pelakon,pelawak,penyanyi dan macam-macam lagi dengan tyra satu hari nanti...Amin!Insyallah..." - Tyra janji! :')
http://www.youtube.com/watch?v=KfsCC9bDdNI - pengorbanan ibu bapa untuk anak-anak thalassemia :)
