WELCOME SILENT READERS!
Assalamualaikum wbt
Kadang-kadang secara tak sedar kita menyakiti orang lain,
Kadang-kadang orang yang kita sayang lukakan hati kita,
Kadang-kadang perkara yang menyakiti hati kita berlaku dengan begitu pantas...
Semalam hari untuk kita bergelak ketawa,
siapa tahu esoknya pula adalah hari untuk kita menangis duka...
Sebab kita semua manusia biasa,
mempunyai perasaan,jiwa dan sebagainya....
Tapi,
Apa yang membuatkan kita kuat adalah orang yang membuatkan kita menangis...
Bila kita menangis seolah-olah kita mengeluarkan racun dari dalam badan lalu membuangnya keluar...
Manusia takkan lari dari rasa cemburu...
memang kita akan mempersoalkan,
mengapa kita yang menjadi mangsa?
mengapa kita yang terpaksa bermuram muka?
mengapa kita yang harus menanggung semua duka?
Jawapannya kerana kita telah berada selangkah dihadapan...
itu adalah yang pasti...
bila kita berada selangkah dihadapan,manusia lain akan mula merasa takut...
takut kerana kita sudah selangkah berada dihadapannya... :)
by,
tyra exnobia
Hik hik!tetiba bersastera pulak minah jiwang sorang nie kan?hahaha!orite,cuti sekolah dah sampai...ada pergi jejalan tak?untuk tyra ada pergi Aloq Setaq! ada pertandingan sukan untuk kakitangan MARDI... lama gila tak p sana...sebab memang sibuk sangat-sangat!
then,tyra bertolak p aloq setaq hari Jumaat...ingatkan just stay one nite only sebab ada banyak kenduri...Hari sabtu tu pun ada kenduri untuk birthday Pak Ndak tyra...tapi sebab abah tyra jadi champion untuk perlawanan bola tampar yang depa buat dekat Aloq Setaq tu...jadi nak tak nak terpaksa tunggu untuk hadiah...jadi terpaksa bertolak balik ke Penang hari Ahad...
bila bertolak hari Ahad tu sampai rumah ja memang tyra tidur terus...memang mengantuk gila-gila!letih pulak tu...tyra pun bagi cadangan pergi rumah pak ndak malam tu je la...bila pergi ja malam tu terjumpa benda tak terjangka!
tyra dengan family tyra terserempak dengan orang yang tengah cuba nak pecah masuk rumah pak ndak tyra! Oh!memang suspen giler! penyamun tu drive kereta wira tak sempat lari dengan kereta! depa cuma lari guna kaki sendiri ja! tyra terus call polis!but then polis pulak tak dapat nak tembus masuk call! masa tu la tyra call pak ndak then asked him pak ndak ada kat mana...rupanya pak ndak bertolak pergi kelantan...terus bagitau yang rumah dia ada orang pecah masuk...dia terus mintak tolong buat repot then dia akan call ustaz Rizal untuk mintak tolong...bayangkan masa tu yang ada Abah,Mak,Tyra and adik bongsu Tyra ja...memang takut sangat! then ada sorang budak laki yang datang...kuat la sikit semangat tu...kami terus tunggu polis and mak ndak family bertolak dari kelantan...selesai semua pukul 2 pagi...
hish! semoga pencuri tu insaf la ye...bila dipikir balik,lebih mulia orang yang mintak sedekah sebab depa tak la sampai tahap nak buat benda yang dilarang...
![]() |
| ini cermin kereta viva yang penyamun tu pecahkan |
![]() |
| bila pikir-pikir pandai jugak penyamun tu...cuma tak berapa pandai tang tak reti nak guna akai yang Allah bagi dekat depa tu ja la... |
![]() |
| cermin tingkap bilik tidur yang cuba dibukak tapi tak berjaya nak dipecah masuk! |
![]() |
| pintu cermin rumah nie dah dikopak masa family tyra sampai penyamun tu tengah cari benda nak bukak mangga tu kot rasanya... tu yang dia melilau merata |
Mujur la Allah tu maha kaya...terus ja dia pertemukan orang yang jahat tu dengan kami sekeluarga! macam orang gila dah kami menjerit mintak tolong malam tu...malangnya tak siapa pun yang rasa nak tolong...kalau macam nie la orang malaysia punya perangai,ishkkk..sedih rasanya!hasil polis punya kerja dalam kereta tu ada dadah,air daun ketum n perkakas pecah rumah...kereta yang depa gunakan pun kereta curi yang dicuri dekat Perak...
masih terbayang lagi bayang-bayang budak laki yang cuba melarikan diri tu...pagar yang tinggi pun dia berjaya lompat! dulu sekolah tak nak wakilkan sekolah...kalau tak mungkin penyamun dah popular sebagai atlet Malaysia... sepandai-pandai tupai melompat,lastly mesti jatuh ketanah...so beware yeahh baby! mungkin kamu terlepas untuk kali nie...dimasa akan datang tak siapa yang tahu tau... :)




