I love ISLAM :)

WELCOME SILENT READERS!
Assalamualaikum wbt

TAJUK : TIDAK SUKAR UNTUK HIDUP BERLANDASKAN AGAMA ALLAH SWT

Ramai di kalangan kita beranggapan bahawa agama hanya akan menyulitkan kehidupan dan dipaksa untuk mematuhi hukum-hakam yang sukar dan payah. contoh : "rimas bertudung" / "malas nak solat" / "haram pegang-pegang kekasih" dan macam-macam tanggapan manusia zaman sekarang.

Tahu tak,benda tu sebenarnya cuma khayalan yang dibisikkan syaitan bagi menyesatkan manusia? ALLAH dengan jelas menyatakan bahawa DIA pasti akan menyediakan jalan keluar pada setiap kesukaran hidup bagi hamba-hambaNYA yang beriman. Disamping itu,perkara-perkara asas dalam Islam seperti beriman kepada Qada' dan Qadar mampu meringankan beban,menghilangkan kesukaran juga mengelakkan diri dari berputus asa atau murung. Mereka yang patuh kepada hukum ALLAH tidak akan ditimpa rasa gundah,sedih atau berputus asa. Didalam firmanNYA ALLAH sentiasa membantu hambaNYA yang menyerah diri kepadaNYA dan membantu agamaNYA, dan akan mengurniakan kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat kelak. ALLAH yang tidak memungkiri janjiNYA berfirman :

"dan katakan kepada orang-orang yang bertaqwa : 'Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?' Mereka menjawab :'(ALLAH telah menurunkan) kebaikan'. Orang-orang yang berbuat baik didunia akan mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat orang yang bertaqwa." -SURAH an-Nahl :30

ALLAH menyediakan berita gembira buat para hambaNYA yang beriman berupa kejayaan bagi mereka yang mematuhi agamaNYA.

"Adapun orang yang memberikan (hartanya dijalan ALLAH) dan bertaqwa,dan membenarkan adanya pahala yang terbaik(syurga),maka Kami kelak akan menyediakan baginya jalan yang mudah." - SURAH al-Layl : 5-7.

Dengan pendedahan rahsia ini,barang sesiapa yang memilih untuk patuh kepada agamaNYA sedari awal dengan penuh ikhlas,maka mereka telah mengambil jalan paling mudah yang membawa kepada kejayaan dan kelebihan didunia dan akhirat. Sebaliknya pula berlaku kepada mereka yang tidak beriman. Mereka diselubungi kegundahan,kesedihan juga kerugian didunia juga akhirat kelak. Pada saat mereka memilih untuk tidak beriman,mereka kehilangan dunia apatah lagi akhirat. Ini dinyatakan pada firmaNYA :

"Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup serta mendustakan pahala yang terbaik,maka kelak Kami akan menyiapkan baginya(jalan) yang sukar." - SURAH al-Layl :8-10

ALLAH,Tuhan Yang Maha Memiliki juga Maha Menciptakan segala. Pastinya kekuasaan dan pertolonganNYA melebihi apa yang dapat diberikan oleh manusia apabila seseorang itu mengharapkan keakraban,bantuan dan sokongan ALLAH semata-mata. Mereka yang mengambil ALLAH sebagai tempat bergantung dan menyerahkan segalanya pada ALLAH akan hidup dengan anugerah dan keberkatan hidup di dunia dan akhirat tanpa rasa bimbang akan apa-apa yang dapat memudaratkannya. Oleh kerana itu,SETIAP MANUSIA YANG BIJAK DAN PERCAYA KEPADA KATA HATINYA PERLU MEMAHAMI SETIAP RAHSIA YANG TERSIMPAN DIDALAM AL-QURAN LALU MEMILIH JALAN YANG LURUS DAN DIREDHAINYA. Manusia yang tidak beriman tidak akan dapat memahami bahawa fakta yang jelas ini merupakan sebuah rahsia kehidupan. Tidak kira bagaimana bijak atau tinggi taraf pendidikan mereka,individu ini tidak menggunakan kebolehan menaakul(berfikir) dengan baik,maka mereka tidak berupaya memahami dan melihat fakta ini dengan jelas.

Sememangnya kita jahil bab agama. Adakalanya perkara yang dilarang kita melakukannya tanpa memikirkan perihal dosa. Tapi,sampai bila kita akan jadi manusia yang kurang bijak? Yang mengejar dunia semata-mata.Yang tak mahu melihat petunjuk Allah berikan kepada kita.Ilmu agama ada dimana-mana sahaja. Mungkin di sekeping kertas yang membaluti bungkusan nasik kita ataupun disaluran radio yang mungkin kita tak pernah terlintas untuk mendengar ucapan-ucapan atau ilmu agama yang dikongsikan itu. Tak malukah kita apabila penganut agama lain begitu mudah memperlekehkan agama kita dalam diam-diam?Kita masih lagi 'tidur' dan hanyut dengan mimpi-mimpi indah?Perkara yang begitu mudah yang disuruh ALLAH tak mampu kita tunaikan. Sekarang tak perlu cakap banyak. Tanya sama hati : "MASIH ADAKAH RUANG UNTUK DIRIKU DISYURGA? MASIH ADAKAH WAKTU UNTUK AKU BASAHI SEJADAHKU DENGAN KATA-KATA TAUBATKU? ATAU MUNGKINKAH NERAKA TEMPATKU KELAK? Nauzubillah!

sama-sama kita doakan supaya ramai manusia sedar dan segera bertaubat. mungkin kita masih tidak berpijak dibumi nyata. tetapi,insyallah...ALLAH sentiasa ada dengan kita...Kita mungkin lupa kepadaNYA,tetapi ALLAH tak pernah sesekali pun melupakan kita... Hebatkan ALLAH? :)