WELCOME SILENTS READERS!
Assalamualaikum wbt...
Perempuan.
Apa yang akan difahami dengan perkataan PEREMPUAN? Adakah sekadar cuma seorang manusia ciptaan Allah? Atau sesuatu yang anda sendiri pun tak beberapa nak pasti? Ayat formal pulakkkk! haha!
Orite,macam biasa nak berceloteh sikit pasai hal perempuan... kadang-kadang naik heran bila mengenangkan 1 benda...perempuan dahulu dengan sekarang dah tak sama...dulu perempuan duduk di ceruk dapuq lepas tu akan lari bersembunyi bila ada tetamu datang rumah...untuk masa la nie pulak?dah pelik...terbalik sudahhhh...
Sayang bila melihat seorang perempuan mempertaruhkan maruah dia untuk seorang lelaki,tetapi segala jasa yang dia harapkan tak dapat dibalas...Kadang-kadang kita gagal mempengaruhi diri kita dari melakukan kesilapan...ada kalanya kita pulak tengok orang lakukan silap,tapi kita diam! Eh? amacam tu?
Satu ayat untuk semua awek-awek cun seluruh dunia,ikhlas dari saya :
"Jadilah seperti mutiara...yang bermula dari sebutir pasir dan bersembunyi didalam cengkerang hingga tiba satu masa orang yang benar-benar layak dan mempertaruhkan segalanya keatas mutiara itu sahaja yang mampu menyentuh mutiara yang ternilai itu...didalam cengkerang pasir perlahan-lahan menukarkan dirinya dari sebutir pasir yang tiada nilai kepada mutiara yang tak ternilai..."
Hidup kita cuma sementara...jika kita pernah buat silap,jangan ulanginya lagi...macam tyra pernah jugak lakukan kesilapan yang besar dalam hidup...tapi bila diingatkan kembali apa yang terjadi dah berlalu...terus berusaha berubah demi insan yang ada dibelakang kita iaitu family kita...masa remaja berlalu dengan pantas hingga 1 saat kita pun tak perasan yang kita dah TUA! haha...dan semestinya bila dah bercucu cicit nanti kita nak kenang zaman remaja kita sebagai satu kenangan yang terindah...bukan cuma sekadar 1 kenangan yang pahit untuk dikenang semula...
Sekali sekala apa kata duduk sat lepas tu tengok sekeliling....apa yang anda NAMPAK? pikirkan dan hayati perkara itu...jangan sia-siakan hidup kita okayhhh! :)
Love You All's :)
Alhamdulillah