WELCOME SILENT READERS
Assalamualaikum wbt...
Yeaahhh!lama tak mengupdate blog...maaf...agak sibuk dengan kehidupan seharian...masih banyak benda yang perlu dikejar sampai dapat...Alhamdulillah masih lagi mampu memerah otak bagi mendapatkan idea untuk menulis blog... :)
Untuk semua orang harap ampa semua sihat dan sentiasa dikurniakan kesihatan yang elok dan sihat sokmo...Alhamdulillah...Aminnnn!
Next chapter!
Okay,ramai sangat-sangat yang bertanyakan mengenai my super hero mr Alien! Maaf la...bukan sengaja nak sembunyikan dari semua orang...cuma biar masa yang tentukan dan doa dari semua orang yang tyra harapkan...bukan mudah untuk memikul tanggungjawab...untuk tyra nak sambung belajar dan pada masa sama seru bagi memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dah sampai...memang mengejutkan...tak dijangka apabila dilamar dalam masa yang terdekat...dan tyra mengaku tyra masih lagi dalam proses mengenali hati budi masing-masing...
"Kita selalu berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan kekasih yang menjadi pasangan hidup kita didunia dan akhirat...dan untuk itu kita perlu berusaha sehingga kita menemukan si dia..." - my word :)
Bila bercakap soal kahwin ada yang pandang remeh temeh...tambah-tambah bagi orang muda...bila kita bertemu dengan orang yang kita mahu hidup disamping dia,ajak dia berkahwin secepat mungkin...sebab kahwin adalah ibadah...ibadah yang boleh membuatkan kita memperolehi pahala yang banyak...sekarang tyra dalam proses mendalami memperkukuhkan Agama tyra...nak belajar jadi isteri yang solehah satu hari nanti...Amin...kalau boleh nak lakukan yang terbaik untuk keluarga Tyra...Insyallah...Amin :)
Yang Tyra perlukan sokongan dari si dia...Tyra berjaya menemukan seseorang yang menerima baik buruknya Tyra...biarlah apa yang terjadi Tyra akan ada disamping dia...menemani dia dan memberi dia dorongan...Dia sendiri pernah berbicara yang dia mahukan tyra dan tyra ada ciri-ciri perempuan yang dia nak dalam doa dia...i'm not perfect...sampaikan bila dia melamar tyra tanya dia berkali-kali : "dah pikiaq masak-masak ka?" dan dia jawab punya la panjang lebar....Tyra tersenyum bila mendengar jawapan yang dia berikan dan tyra berpuas hati melihat kesungguhan dia...tak macam lelaki lain yang hanya pandai berbicara tetapi tak pandai merancang dengan bijak cara hidup depa...
Tyra biasa ditinggalkan dan si dia marah bila tyra suarakan perasaan rasa sakit selalu ditinggalkan diabaikan...Berkali-kali dia bagitau yang dia takkan buat tyra rasa seolah-olah diabaikan...Ya...tyra mengaku tak pernah sekali pun dia abaikan tyra...Yang buat tyra bertambah sayang bila satu malam tyra tak boleh tidur dan gelisah dia membacakan sepotong ayat Al-Quran untuk hindarkan tyra dari gangguan syaitan laknatullah...Alhamdulillah...i found him! dia sempurna...lelaki yang mampu membimbing tyra...dan yang penting dia tak mengubah tyra...dia sentiasa menerima tyra seadanya...Amin...Terima Kasih Ya Allah kerana pertemukan saya dengan dia... :)
Lelaki yang baik akan cuba melakukan terbaik untuk orang yang dia sayang...dia akan menikahi perempuan itu kerana dia tak mahu membuat dosa maksiat dengan perempuan yang dia sayang...dan itulah yang si dia lakukan dengan tyra...teringat kata-kata dia dalam perbualan kami melalui telefon...dia tak merasa cemburu melihat pasangan kekasih yang bermesra-mesra kerana dia tahu tak lama lagi dia akan mendapat seorang isteri disisi dia untuk dia meluahkan rasa kasih dia...
Kami hanya sahabat...itu perkataan yang lebih sesuai untuk perhubungan kami berdua...kerana tiada istilah bercinta...kami menyokong antara satu sama lain...apa yang dia lakukan tyra sentiasa dibelakang dia...Alhamdulillah...semoga keberkatan yang Allah berikan mampu menyatukan kami berdua suatu masa nanti...Insyallah...Amin :)
| Okay!jeles sikit...pemandangan dia cantikkan? :) |
| Insyallah...suatu masa nanti saya akan berpakaian seperti ini... Doa-doakan ye :) |
![]() |
| Ini realiti pasangan bercinta didunia :) |
"Ya Allah,satukanlah kami sebagai pasangan suami isteri yang sah suatu hari nanti...Permudahkanlah urusan kami dalam membina masjid yang diredhai oleh mu Ya Allah Ya Tuhanku...Jauhilah kami berdua dari larangan mu Ya Allah...Semoga kami berdua sentiasa mendapat sinar nur dan hidayah Mu Ya Allah...Perkenankanlah kami dengan rahmatMu Ya Allah...Semoga ikatan yang terbina dijauhi dari fitnah dan hasutan syaitan....Amin..."
p/s : untuk sahabat yang saya sayangi,hingga tiba satu masa saya mendapat cincin tanda barulah sahabat semua akan dikenalkan dengan future husband to be... :)
sehingga tiba masa itu,sabaq sat noh...hehehe :D
Tyra sayang semua! :)
